Tuesday, July 16, 2013

SELENDANG MERAH

Bertemu suka di tempat kerja,
sudah jadi amal biasa,
duduk bual beramah mesra,
bila kau tiada..
hari jadi rimas rasa.

Ku tenung meja berharap ada,
gila bayang senyum-senyum suka,
bila ingat gurau dan tawa,
bertimbun data..
perlu dihantar segera.

Aduhai masa seperti bata,
cepatlah lima aku ingin ke rumah,
mereka tanya, "kau mahu ke mana?"
aku kata, "jumpa si dia"...

Diaorang tanya juga, "siapa si dia?"
aku kata, "yang selalu pakai selendang merah."


No comments:

Post a Comment