Wednesday, July 10, 2013

HASRAT PADA BINTANG

Sudah sering ku puja cahaya bulan,
tiap hari memikirkan bagai pungguk kerinduan,
ada hari kembang persona,
ada hari terima senyum dari si dia.

Terlalai aku seketika,
kenapa terlupa pada bintang di syurga,
seribu impian diimpikan,
hasrat pada bintang yang dulu mempersona,
kenapa aku lupakan..
bintang-bintang di belakang bulan,
kenapa...

Adakah kerana ia yang terdekat,
adakah kerana kongsi cinta bersama si dia,
adakah kerana cahaya terang memukau indah,
sungguh aku berdosa..
melupakan setia para bintang.

Malam ini,
aku ke luar melihat panorama,
kerlipan sinar sang bintang di angkasa,
dalam hati mencipta satu harapan,
semoga dia sihat sejahtera.

No comments:

Post a Comment