Kedegilan ini terus bersamaku,
kecuaian ini pernah berlaku dalam hidupku,
kau meronta kerana aku,
akhirnya kau tinggalkan aku.
Kejahatan satu-satunya aku,
yang teruk ada dalam diriku,
kesungguhan katamu menjatuhkan sayangmu,
kedegilan pula terus menguasai aku,
untuk terus dan sayang selalu.
Hanya aku..
ya aku,
akulah itu,
insan seteruk hantu.
Tak mungkin aku akan bersamamu,
tidak mungkin...
kemurungan dahulu,
memutuskan tali percintaan.
Keindahan hilang kerana.. hanya aku,
menitis satu demi satu.
No comments:
Post a Comment