Lalu aku ke sana..
jelitamu nyata menduga,
kerinduan melanda jiwa yang sama,
menaruh cinta,
antara tiga benua.
Paluan jantung hingga kesiangan,
gelang tersarung di persisiran lengan,
permata diulang merah dan merah,
indah di mata..
tuannya jua.
Teruslah dikau di sana,
biar... mata ini sayu memerhati,
biar... hati ini rasa binasa,
kerana riak wajah belum tentu kekal selamanya.
Kerana rasa ini di penjuru tiga delusi.
No comments:
Post a Comment