Engkau dekat denganku..
tapi engkau tidak dapat kumiliki,
ia membuatku pedih di hati,
berkali-kali.
Tahukah engkau sayangku,
setelah apa yang kita lalui..
ia amat sukar bagiku,
untuk dilupakan dan untuk dihapuskan.
Aku berserah pada masa..
seperti yang engkau harapkan ketika ini,
tapi tahukah engkau sayangku...
ia hampir jadi nyata,
dengan sedikit lagi usaha,
semuanya akan lenyap dimakan masa.
Sehingga waktu itu..
kurasakan ia sukar berakhir,
kerana engkau...
..........
Tidak pernah mengerti..
dan aku belum dapat memulakan puisi.
No comments:
Post a Comment