Saturday, January 30, 2016

JURNAL ABADI

bangunkan aku pada dinihari
dan yakinkan aku untuk terus mencari
pada sesuatu yang pasti

kutintakan dalam sekeping diari
bersama hati dalam jurnal abadi
demi hari-hari yang kulalui

dahulu aku berjanji
tidak akan ku sepi kerana ada puisi
dan setiap hari pasti hatiku tenang menanti

dahulu aku berjanji
tidak akan ku sepi kerana ada mimpi
berdeklamasi sepanjang hari...

bangunkan aku pada dinihari
dan yakinkan aku untuk terus mencari
sebuah puisi,
kerana suatu hari nanti
pula pasti
aku akan pergi
dan semoga bila sahaja kau lihat pada warna pelangi
kau tahu mindaku kekal bersemi...

MAS CARRA
http://tamanberkasihasmara.blogspot.my/
27 Januari 2016

‪#‎midorijournal‬

No comments:

Post a Comment