Monday, February 15, 2016

BISIK HUMINODUN

inikah erti pengorbananku
hanya setakat alir lava di sisiran
beku tak bernyawa setiba di lautan

kini beras kaubeli dari Thailand
bendang padi di Kimanis
entah ke mana

begitu gah api Petronas bernyalaan
umpama obor kesukanan kesukaan
padi tak ke mana

jika inilah nan disaksikan
oleh keturunan
kenapa Bobohizan tak mampu meramalkan

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
23 Januari 2016

No comments:

Post a Comment