alunan bunyinya
tertakluk pada hembusan nafas
si empunya
bibir mengikat ketat kayu silam
bunyi mengayau
menyingkap baur rasa
suatu bangsa
kenapa hanya wajah nan kerut
menyanyikan
di mana anak muda
atau hanya mampu menyaksikan
jangan…
mohon jangan hilangkan
bebunyi dari syurga
urinding, turiding, kuriding, kubing
terlalu banyak nama diberikan
semua mahu bersejarah
tetapi tiada
nan menitah
agar anak cucu mereka
turut serta!
No comments:
Post a Comment