Thursday, January 14, 2016

BUKAN

mendiam aku tatkala
butir pasir nan tercelah di jari
kakimu
tiada aku kisahkan
bagai jerlusnya
kata...
bagai jerlusnya
kau di hadapanku
setelah,
suatu malam kau seksakan
tekan pelusuk rusuk remaja ku

ini mungkin tahun kepiluan bagiku
tahun kemegahan padamu
belum kau tahu azamku
bukan
lagi wajah mahuku
bukan
lagi senda mahuku
bukan
lagi harta mahuku
bukan
lagi keluargamu mahuku...
...nan aku mahu
tabah dan setiamu
aku ini wanita perlu lelaki sekuat itu!
BUKAN kepura-puraanmu!

No comments:

Post a Comment