Sunday, January 3, 2016

MANUSIA

Sebagai kuntum kulat aku berserah seketika
lembap dinihari serik kurasa tanpa-
kutahu hidup salwa hanya sementara
tiada jasad selamanya
tercipta...

siapa sangka,
darah daging ini jadi pujaan seketika
bermula hanya dua ringgit dan naik ke empat ringgit!
Seloroh bini-bini itu menyatakan ketidakpuasan
aku nan menanti ke lega dan terimaan hanya pasrah
manusia penjual dan pembeli
masing-masing punya makna sendiri
hanya membezakan ialah ketamakan duniawi
tidak pun engkau sembahyang bererti
jika kehidupan sendiri dan anak-anak ditiri
sekali ini aku telah kau rempuh menyeluruh
seratus peratus kau naikkan harga musim terdahulu
inikah nan kau katakan kemajuan?
Atau sengaja kau undang kesengsaraan...
kepada nan mampu dan lebih binasa si tak mampu
usah nanti,
apabila tumbuhku segan dan tidak mahu lagi
lalu engkau tercariku
kau katakan kepada anak cucu...
kulat itulah nan harum dan terbaik dari ladang kelapa sawit dahulu.

No comments:

Post a Comment