menatap cinta
kerana bila duka
ke laut akan aku untuk melihat
air nan tenang
juga luas pemandangan
beransur pulih kekecewaan
tidak pernah aku puas
menatap cinta
kerana bila luka
menyelam aku ke dasar ejaan
kususun satu persatu aksara indah
semakin lama semakin tebal muka warta
beransur pulih kekecewaan
tidak pernah,
tidak pernah aku puas
menatap cinta
kerana bila suka
aku menadah wadah doa-doa
segala pahit dan murka
kuleraikan dalam tangis redha.
MAS CARRA
Kudat
24 Januari 2016
No comments:
Post a Comment