Setiap impian
yang ku hasratkan melalui citra nurani
pada setiap bulan 5
hanya ada tiga.
Semoga sama impimu seperti aku
iaitu;
1. Kau hadir melihat aku
2. memeluk aku dan,
3. mencium... pipiku.
Biarpun pada waktu itu
aku yakin
darahku berpusu-pusu
keluar dari jantungku
hingga merah... pipiku.
Aku mahu...
jika engkau hadir pada ketika itu
bulan 5, bulan mulanya nafasku.
No comments:
Post a Comment