Wednesday, May 14, 2014

HANYA ADA SATU

Tembusi matanya
dan eja dengan mata hatimu
sehalus naluri bayi akan kau temui jawabannya.

Laguku belum tersedia
kerana terpukau dengan tenungan itu.

Tenunlah kata
mengikut rentak hati
tatkala matamu leka menatap wajahnya
kelak akan terhasil melodi merdu saat kau sedar...

Tidak mahu hati ini memulakan
kerana masih belum sedar dari igauan wajah
yang memancar bagai bulan purnama...

Saat bulan purnama bersembunyi dibalik awan
saat itu hatimu sedar,
kau sudah terlepas memeluk sang rembulan.
Lantas kau tak ubah bagai sang pungguk merindukan sang rembulan...

Aku tetap setia... kerana dalam hati ini hanya ada satu rembulan.


No comments:

Post a Comment