Jadikan
semua kataku
suatu lagenda
maafkan aku pernah ada
melukakan hatimu
aku tahu
engkau punya kasih yang murni
tapi kata-kataku
melebihi takat yang sepatutnya,
maafkan aku...
Keanggunan kasihmu
menjadi idaman setiap dewa
kelembutan hatimu
jadi igauan para gunung berapi
sinar matamu
umpama bintang waktu malam ini
gerhana dalam hatimu
tidak perlu engkau beritahu
kerana,
aku tahu ada semak berduri
dalam denai lagenda
yang pernah engkau lalui.
No comments:
Post a Comment