Friday, May 30, 2014

TERSISIH

Biarlah...
tidak merdu suaraku
seperti Siti Nurhaliza.

Biarlah...
tidak merdu siulan puisi ini
umpama A. Samad Said.

Biarlah...
tidak ku berharta
asalkan ada pewarisku yang mencari takhta.

Biarlah...
wajah ini tidak sekacak Aaron Aziz
tapi isteriku laksana puteri bidadari.

Biarlah...
hanya satu temanku
cukup sudah jika dia beriku RM50.

Biarlah...
hanya Proton Saga keretaku
belum pun ada lagu Toyota Prado TZ.

Biarlah...
aku 'kan jadi anak-anak kampung
leceh rasanya pergi kerja, laju lagi yang berjalan kaki.

Biarlah...
hanya satu isteri dalam hidupku
yang penting ada 10 orang anakku.

Biarlah...
hanya kecil rumahku
bosan nanti selalu bini-bini mengadu penat menyapu.

Biarlah...
kangkung sahaja jadi makanku
rugi rasanya jika tidak pernah ibumu tumis dengan sambal belacan.

Biarlah...
hanya Nokia 3310 jadi jenamaku
asalkan dapat ku hubung mekanik keretaku.

Biarlah... biarlah...
Jangan sesekali dirimu rasa tersisih dalam bumi ini
kerana matahari pasti menyinar setiap hari
bangkitkanlah semangatmu
bangun seawal pagi
lihatlah keindahan alam
rasai kehidupan
cuba sekali lagi.


No comments:

Post a Comment