Monday, August 12, 2013

SERIBU DAYA



Dalam suatu keintiman,
aku bersama denganmu,
hanya mendengar degup dan nafasmu.

Kau dipeluk aku,
atas halaman yang sungguh syahdu,
masih ya.. kau membelakangkan aku,
kerana kau masih setia..
atau mahu setia, kepada masa lalu itu.

Kasihku..
tidakkah mahu engkau mencintai aku,
yang kini suka padamu,
tidakkah kau mahu cuba dengar isi hatiku.

Kutambah erat pelukan ini,
mata kupejam menghayati hatimu,
tersentuh hatiku dan jangan lepaskan aku.

Aku tahu itu sakit bagimu,
sakti bagiku..
tidakkah akalmu terbuka pada yang lain..
adakah hendak kau buktikan padanya,
yang engkau kekal setia..
mungkin baginya itu sudah berlalu,
kenapa kau seksa hatimu..

Kekallah di situ,
selama mana yang kau mahu.
Tapi dekatlah denganku,
kerana aku ada menunggu...

Nanti...
bila belai dariku membuka hatimu,
berpalinglah padaku,
tanpa malu-malu,
beranikan dirimu,
kerana ku tahu..
yang terindah akan kita cipta bersama,
seribu daya... namun ini bukan janjiku,
kerana janji pernah kumungkiri,
ini harapan aku,
kerana ia mendamaikan selalu.

No comments:

Post a Comment