Thursday, May 22, 2025

IKHLAS

Dada
terlalu berat bebannya
dihimpit kata
yang dalam maknanya.

Nafas
begitu sesak hembusnya
disekat tetanda tanya.

Inikah indah pandang pertama
seperti itulah dia bulan purnama.

Hati ingin memuji wajah
yang bercahaya dengan tabah.

Hati ingin bertanya nama
tapi cukuplah khabar sahaja.

No comments:

Post a Comment