Friday, February 22, 2013

MIMPI CHICHARITO

Penuh debaran aku menanti sedar,
Tidak mahu mata membuka lagi,
Aku sedang melihat...
Senyum manis dalam mimpi ini.

Mampukah lelaki tidak menyakiti lagi?
Kerana bila mula..
Aku sungguh bahagia,
Segala usaha beri riang padaku,
Gelak ketawa berunsur manis-manis berkekalan.

Sedih sang bunga...
Disinar mentari pagi,
Segar berkembang berbunga cinta,
Tengahari turut harum bersuara,
Senja dinanti...
Perlukah menyakiti hatiku lagi?

Lelaki...
Dalam mimpi ini romantis dan segak,
Terasa diri sudah jadi wanita,
Insan yang selalu disakiti,
Namun kini..
Harapan untuk menjaring lagi,
Sentiasa aku nanti.....
Untuk kau buat aku bangga semula,
Kau kekasihku dan takdir ini mengasyikkan,
Dalam mimpi Chicharito.


No comments:

Post a Comment