Sunday, August 11, 2013

TERUSKAN MELANGKAH

Menunggu dan ku menunggu,
musim luruh berganti bunga,
ku melangkah ke pinggir terusan,
menikmati..
pagi pertama musim penuh cahaya.

Sedang melangkah sepanjang masa,
hati tergugat oleh dia di sana,
turut ketawa di pagi indah,
riak mukanya buat aku suka.

Namanya,
Mawar berduri di garis larangan.

Kalaulah dia ku temui dahulu,
sudah mula aku beralih langkah,
matanya..
jelas berkata,
aku belum berpunya.

Tertanya kadang-kadang,
kenapa hati terus berbincang,
tidak cukupkah hanya satu,
kenapa juga masih terbuka.

Suasana berubah,
lenganku ditarik manja,
ku teruskan melangkah,
biarlah dia di sana,
kerana aku,
sudah ada yang punya.

No comments:

Post a Comment