Wednesday, August 7, 2013

DI SUDUT HATIKU

Aku tahu hatiku telah tiada,
tidak lagi dapat aku pertahankan,
sehinggakan..
tubuh ini ikut tidak bermaya,
kaku...
kekosongan.

Inikah yang kita harapkan dahulu,
indah..?
masihkah ia mekar..?
kekalkah ia bersemi..?

Di sudut hatiku,
ingin melupakan..
dan pasti mahu menyesalkan.

Kubiarkan taman impian jadi lukisan,
kaku...
kekeringan.

Kurelakan malam datang menamat siang,
hati mengharapkan..
esok tidak muncul lagi.



No comments:

Post a Comment