…tiap kesilapan itu merupakan satu titik perubahan. Saya memberitahu diri sendiri dan golongan muda.
SEBELUM UMUR 20 tahun:
Jadilah seorang pelajar yang baik. Cari pengalaman. Nikmati kesilapan
dan kegagalan yang berlaku. Jatuh dan bangun semula. Hayati…
SEBELUM UMUR 30 tahun:
Ikut seseorang untuk dijadikan model dan teladan. Kerja di suatu tempat
yang sederhana kerana di sana anda akan belajar banyak perkara dalam
tempoh yang sama. Ia berlainan jika anda bekerja di tempat yang besar.
Maka, bukan tempat anda bekerja yang utama pada ketika ini, tetapi siapa
majikan anda. Seorang majikan yang baik akan memberi anda ilmu yang
berbeza.
SEBELUM UMUR 40 tahun:
Anda perlu fikir semasak-masaknya, adakah anda perlu bekerja sendiri atau sebaliknya.
SEBELUM UMUR 50 tahun:
Ketika ini anda perlu buat sesuatu yang paling anda tahu. Usah membuang
masa melakukan perkara-perkara baharu kerana pada ketika ini, risiko
kematian amat tinggi.
SEBELUM UMUR 60 tahun:
Bekerjalah
kerana golongan yang lebih muda. Mereka akan dan dapat melakukan yang
lebih baik berbanding anda. Melaburlah kepada mereka dan pastikan mereka
akan lebih baik.
SELEPAS UMUR 60 tahun:
Luangkan masa untuk diri anda… sudah terlalu lewat untuk berubah.
PENYESALAN SAYA:
1. Menghangatkan media
2. Tampil ke muka umum (Kedua-dua perkara ini meragut privasi saya.)
3. Menghabiskan terlalu banyak masa untuk syarikat sehingga masa bersama keluarga sangat kurang.
Jika, sekali lagi saya ditakdirkan hidup dalam kehidupan akan datang, saya tidak akan melakukan perkara ini.
Isteri saya menyatakan bahawa hidup saya bukan miliknya, tetapi milik AliBaba.
Apa boleh buat, ia telah terjadi… ramai orang melihat persepsi
kehidupan ini secara berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang
memikirkan bahawa bila kita kaya; kita berjaya, bila kita tidak kaya;
kita tidak berguna. Mungkin tidak. Setiap orang memilih cara kehidupan
sendiri.
Saya amat menyesal dan menangis. Jika syarikat dalam
kawalan anda memiliki 500 juta pekerja, dan 1% daripadanya orang yang
tidak baik, anda memiliki 5 juta pekerja yang tidak baik.
Namun,
apa boleh buat… ia telah pun jadi. Saya melupakan tentang penyesalan
dan kini lebih menumpukan 10 atau 15 tahun akan datang untuk
memperbaikinya.
-JACK MA-
*********************
KONSEP REZEKI
Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar
gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.
Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau
mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang
lain.
Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah
rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain,
kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya.
Kan?
Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita
adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa
kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti
diuji terlebih dahulu.
Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang
kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita
tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni.
Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.
Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang
belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat
melalui orang tadi tu untuk kita.
Contoh lain, kemudahan dalam
menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba
sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang
daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan
sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita.
Seronok kan?
Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi
kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan
ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak
complain dari beryukur. kan?
Untuk datangnya rezeki yang ketiga
ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba
peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak
rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.
Sebab apa?
Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita
kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki
tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu
dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.
Masya Allah
punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan
tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang
hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram
kat Allah dan complain. Betul tak?
Konsep Rezeki Keempat
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang
berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.
Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.
Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan,
kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat,
keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba
bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?
Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih
bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni.
Alhamdulillah.
-WhatsApp-
https://www.facebook.com/dipohon.maskara/posts/1880111245547649