Wednesday, September 11, 2013

TRAFFIC LIGHT

Penatku memandu,
dari Sulu mahu ke Sibu,
di pilih simpangan,
lampu merah menahan aku,
berhentilah.

Diikutkan hati..
akan terus ku pergi,
bersama serpihan hati remuk,
yang sedang rancak menggelagak,
dalam dada perempuan.

Ku tunggu jua,
apa-apa yang mahu menyerlah,
lalulah..
kali ini aku kalah pada hatiku,
agar nanti,
aku bangun semula.
Di traffic light ini nekadku amanah,
hijau,
aku mula.


No comments:

Post a Comment