Sunday, September 29, 2013

MENDUA

Kekalutan menyelubungi dapurku,
kugenggam sekuat dada,
kala menghiris ikan kerapu,
berdarah!!!

Kubuka peti sejuk,
cari penyaman panas sekeping hati,
mahu kuhempas pintu ini,
biar jatuh!!!
segala isi hati.

Ke hulu dan ke hilir,
mencari garam,
sebagai perasa hidupku,
yang kini tawar dan serba tak kena..
semua kerana dia!!! ...yang mendua, tiga.. empat.

Jika kau muncul di dapur ini,
merasalah engkau tin sardin melekat di muka penipu!!!

No comments:

Post a Comment