Thursday, September 19, 2013

PERLU MENANGIS

Aku perlu menangis.

Sebak dadaku,
dan ia perlu menangis,
harus.. harus menangis.

Aku tidak tahan lagi,
hampir tidak tahan lagi..
dan aku perlu menangis.

Kata tidak bermakna lagi,
pujuk tidak akan berbaloi,
akan jadi sia-sia..
terlalu kuharapkan,
agar mata ini menitiskan,
segala tekanan,
yang ada,
pada kali ini.

Jika waktu ini aku diberi satu permintaan,
dan terus dikabulkan,
akanku pilih menangis..
itu saja,
kerana masa ini,
kelopak mataku perlu dibanjiri,
dengan airmata lelaki,
agar hatiku..
tumbuh kembali.

No comments:

Post a Comment