Monday, September 16, 2013

BERGANTI

Lama sudah aku begini,
tidak kusangka ke tahap ini,
dalam mencari cinta yang sejati,
kuharapkan engkau akan mengerti.

Berganti..
ilham sering berganti,
dan kini..
kuharapkan sekali lagi,
ia berhenti di sini...
Tidak larat tidak mahu mencari lagi.

Dan jika setiap hari akan kau terima ucap selamat pagi,
ketahui..
engkau sudah bertakhta,
di hati,
seorang lelaki.

Selamat pagi...
Biarlah selamanya.


No comments:

Post a Comment