Tuesday, September 17, 2013

KEMBALIKAN BAH'GIAKU

Meronta hatiku ingin ke situ,
melihat bunga kembang dinihari,
di tanah asing..
'kan mekarmu di tujuh hariku.

Hembuskan nafas biru..
dari bawah bayu,
melangkahlah tanpa pilu..
kerana niatmu,
hiriskan nukilan... kembang seri pagi,
kembalikan bah'giaku..
dalam satu minggu.

Yang buta berkata,
bila tertutup satu pintu rasa sukacita,
usahlah kau tumpu dan teruskan berlalu,
jalan hidupmu masih tertunggu.

Lihatlah..
dari mata hatimu,
berapa nilai senyummu padaku.

No comments:

Post a Comment