Monday, September 16, 2013

PEMINAT RAHSIA

Apa kelebihan dia?
Terus ku kata,
sederhana...

Apa sebelum sederhana?
Terus ku kata,
indah...

Apa selepas sederhana?
Terus ku kata,
terpulanglah.

Namun dalam hati ini,
aku cuba untuk berkata..
kufikirkan bukan lagi cuba,
tapi biarlah telah.

Dari pandangan mereka,
aku peminat rahsia,
itu pun jika mereka tahu,
kerana aku..
mungkin tak beritahu.

Kenapa?
Laut yang tenang jangan disangka tidak akan berjeram,
bumi yang mega jangan disangka tidak akan goyang,
seratus tahun boleh hilang sekilas pandangan,
kenangan tidak bisa kau ulang.

Sesungguhnya bukan kerana itu..
cuma, dia...
Hanya dia.


No comments:

Post a Comment