Sunday, September 1, 2013

TERTUTUP RAPAT

Lama telah dia mendiam,
dilalui harinya lazim biasa,
bernyanyi..
tidak mahu memikirkan,
jauh lagi.

Hari ini..
dia senyum pada si dia,
tertanya aku, ...bagaimana.
Bagaimana,
hatinya terus terbuka.

Lebih baik juga,
dia kembali semula..
jadi gadis sekali lagi,
setelah lama,
hatinya..
tertutup rapat.
Ku percaya lagunya kini,
akan lebih ceria.


No comments:

Post a Comment