Sunday, September 29, 2013

HILANGKAN SEGALANYA

Ke sana..
ingin ku capai impian satu puteri,
berlari hingga rambut mengurai,
sudah tidak terurus..
dibiar ditiup bayu gembira,
dengan senyum putera,
kau tidak mengendahkan,
terus mencapai,
dan cium aku.
Lalu berkata... kau suka aku.

Masih lagi kuimpikan...

Setelah tangan ini kau lepaskan,
hanya selangkah lagi,
kufikirkan segalanya jadi kenyataan,
tidak tahu hatiku bahawa ini..
hubungan ini..
mendukacitakan.

Hilangkan segalanya...

Mampukah aku hilangkan segalanya tentang kita?
Semacam tidak mampu,
kulihat hati ini jatuh di depan mataku,
kulihat jua senyumku..
terus menghiris wajahku,
ngilu,
alang-alang sembilu.
Masa pasti membantu...


MENDUA

Kekalutan menyelubungi dapurku,
kugenggam sekuat dada,
kala menghiris ikan kerapu,
berdarah!!!

Kubuka peti sejuk,
cari penyaman panas sekeping hati,
mahu kuhempas pintu ini,
biar jatuh!!!
segala isi hati.

Ke hulu dan ke hilir,
mencari garam,
sebagai perasa hidupku,
yang kini tawar dan serba tak kena..
semua kerana dia!!! ...yang mendua, tiga.. empat.

Jika kau muncul di dapur ini,
merasalah engkau tin sardin melekat di muka penipu!!!

Saturday, September 28, 2013

I LOVE YOU

Puisi yang terindah bukan sahaja menyentuh jiwamu
tetapi merubah hidupmu...

The greatest poem of all will not only touch your heart
but change your life...

Just simply 'I Love you'.

Monday, September 23, 2013

LAKARAN

Dulu...
ku lihat cahaya bintang yang berkelip seperti tidak mampu ku kira,
malam ini bagai lenyap dari pandangan mata...

Namun,
ada tertulis beberapa kata;

Rohku tersebar mencari cinta,
senyummu terukir pada muka rembulan,
lingkaran indah kutuliskan namamu..
neon cahaya berkelip di ruang angkasa.

Liat hatiku..
jitu ingin panggil kau, sayang...

Di situ..
lakaran namamu ada,
telah impianku, ...jadi nyata.


SENTUH HATIKU

Dendangkan..
inti lagu sedih,
ciptalah lirik indah berseni,
dicarilah..
suatu tempat yang sepi sunyi,
waktu ini..
saat aku bersedih.

Lari..
larikan diri dari situasi,
bila itu engkau rasa hatimu cukup perih,
lari...
sejauh mana yang engkau alami.

Segar..
sudah segarkah diri?

Tegar..
masih tegarkah hati?

Ke mana pun engkau pergi,
sepatutnya..
di saat engkau bersedih,
kau datang..
dan sentuh hatiku.


TERAPI MINDA

Pada dinding ku lihat,
terus ingat dirimu..
pada kipas yang bergoyang,
terkejut aku lihat wajahmu,
senyum.

Ke luar aku..
melihat sepi subuh yang menyegarkan,
aduh.. teringat saat ku peluk dirimu,
bisik cengkerik yang ada,
seperti suaramu memanggil aku.

Ke kanan sebelah atas..
cahaya bulan masih ada,
terang walau ia tidak sepenuhnya,
ingat pula pada lagu janji terang bulan.

Terapi minda di pagi ini amat menggigilkan,
kerinduan padamu semakin mengancam kalbu,
hanya satu dapat meriangkan aku,
'pabila engkau ada di sisiku,
selalu...


Friday, September 20, 2013

DUDUKLAH

Bolehkah..

Berikan aku secebis roti yang kau makan,
kerana anakku dalam kelaparan..
berikan aku sehelai baju alas,
musim ini sejuknya berpanjangan..

Duduklah sebentar..

Ceritakan pengalamanmu tentang perjalanan,
kerana aku hanya mampu mendengar..
hanya mampu berangan-angan..
indahkah di luar sana?

Sukarkah harimu di dalam bangunan,
kerana aku tidak bekerja..
rumah pun aku tiada..
inginku kau datang setiap masa,
hanya engkau yang melihat aku..
yang lain,
hanya berlalu.

Mahukah engkau mengerti,
apa beza kita..
engkau kulihat usaha untuk dunia,
aku berusaha untuk,
dia...
Tapi, kita tetap manusia.


Thursday, September 19, 2013

PERLU MENANGIS

Aku perlu menangis.

Sebak dadaku,
dan ia perlu menangis,
harus.. harus menangis.

Aku tidak tahan lagi,
hampir tidak tahan lagi..
dan aku perlu menangis.

Kata tidak bermakna lagi,
pujuk tidak akan berbaloi,
akan jadi sia-sia..
terlalu kuharapkan,
agar mata ini menitiskan,
segala tekanan,
yang ada,
pada kali ini.

Jika waktu ini aku diberi satu permintaan,
dan terus dikabulkan,
akanku pilih menangis..
itu saja,
kerana masa ini,
kelopak mataku perlu dibanjiri,
dengan airmata lelaki,
agar hatiku..
tumbuh kembali.

RHYTHM OF THE RAIN


Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be alone again

The only girl I care about has gone away
Looking for a brand new start
But little does she know
That when she left that day
Along with her she took my heart

Rain please tell me now does that seem fair
For her to steal my heart away when she don't care
I can't love another when my hearts somewhere far away

Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be alone again

The only girl I care about has gone away
Looking for a brand new start
But little does she know
That when she left that day
Along with her she took my heart

Rain won't you tell her that I love her so
Please ask the sun to set her heart aglow
Rain in her heart and let the love we knew start to grow

Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be alone again

Sung by Dan Fogelberg.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=e5Pit2WJ6dI

NAFAS BAHARU

Sebaik sahaja kakiku berpijak,
di bumi nyata,
tanah kota larangan,
di sinilah bermula,
kedinginan pada kenangan lalu.

Sini jua..
akan kubuka hatiku,
yang selama ini tertutup,
dihempas taufan cintaku,
dulu.

Akan ku lihat tinggi-tinggi ukiran pagoda,
akan ku lihat betapa besarnya simbol istimewa,
akan ku lihat infiniti keterbukaan,
untuk mengagumi.

Hello Beijing..
di sinilah pusat segala cipta,
andailah dapat ku cipta semula,
detik cinta yang pernah ada,
namun ku tahu... ia telah tiada.

Datang pula kau bawa aku nafas baharu,
(bisikmu..)
Percayalah padaku,
ker'na ku tahu..
jalan ini nampaknya rapuh,
tapi percayalah,
ia kekal, lebih dari yang kau tahu.


Wednesday, September 18, 2013

TINGGAL HARI

Kelmarin,
bila kunyatakan cintaku padamu,
kau dengan gagah berkata..
aku sudah ada yang punya,
betulkah... aduh pedihnya.

Hari ini engkau katakan,
dengan penuh debaran aku menanti,
ada dua perkara membuatmu begitu,
satu;
engkau dari keturunan kaya..
dua;
engkau pernah berbarah, dan ia mungkin kembali.

Pergi aku..
dan katamu.. ini sudah ku jangka.

Tertitis airmatamu luka,
dan di depan pintu itu aku berdiri,
bersama satu genggam bunga merah,
tadi aku..
pergi,
beli bunga.

Aku tak tahu kamu lebih dariku,
tapi bukan harta yang ku mahu..
akan kau ku jaga,
bila nanti sakitmu datang lagi,
walau lumpuh.. aku tetap di sisimu.

Menitis sekali lagi airmatamu..
tapi kali ini dengan rasa gembira.

Kuinginkan kau gembira,
walau tinggal hari..


KUTINGGAL DERITA

Ini apa???

Beginikah CINTA???

Dulu kau bilang.. aku sahaja,
kini ada dua..
Ini apa???

Surat cinta!!!

Kutahan airmata dari terus berdarah!
Kugenggam butang bajuku takut ia terbuka!
Penuh tenaga kucuba remukkan... ini!
Tapi biarlah...
biar kutanya juga!

Ini apa! ini apa???

Cukuplah!
sudah hampir kugila!

Rupanya surat ini tidak kau terima..
dalamnya kutinggal derita,
lebih baik tidak kau buka.



Tuesday, September 17, 2013

KEMBALIKAN BAH'GIAKU

Meronta hatiku ingin ke situ,
melihat bunga kembang dinihari,
di tanah asing..
'kan mekarmu di tujuh hariku.

Hembuskan nafas biru..
dari bawah bayu,
melangkahlah tanpa pilu..
kerana niatmu,
hiriskan nukilan... kembang seri pagi,
kembalikan bah'giaku..
dalam satu minggu.

Yang buta berkata,
bila tertutup satu pintu rasa sukacita,
usahlah kau tumpu dan teruskan berlalu,
jalan hidupmu masih tertunggu.

Lihatlah..
dari mata hatimu,
berapa nilai senyummu padaku.

BLIND DATE

Dari tempatku berdiri,
melihat aku boleh.. betapa teguhnya hati,
terasa era itu dunia baru bermula,
mengenal erti cinta.

Di sini..
gergasi jadi taruhan,
janji lelaki pada wanita.
Janji ditunai seiring masa,
bukan selamanya,
ku baca lebih dari segala-galanya.

Pada waktu-waktu itu,
pengorbanan,
bernilai..
beribu tangisan.

Terpulanglah...
telah kukatakan,
pada kita ia tanpa masa,
bukan ku janji bina mahligai,
tak mampu ku janji tembok di pergunungan,
hanya..
aku terima dirimu dengan apa yang ada.
Dan yang tiada.. kita cari bersama.

Monday, September 16, 2013

PEMINAT RAHSIA

Apa kelebihan dia?
Terus ku kata,
sederhana...

Apa sebelum sederhana?
Terus ku kata,
indah...

Apa selepas sederhana?
Terus ku kata,
terpulanglah.

Namun dalam hati ini,
aku cuba untuk berkata..
kufikirkan bukan lagi cuba,
tapi biarlah telah.

Dari pandangan mereka,
aku peminat rahsia,
itu pun jika mereka tahu,
kerana aku..
mungkin tak beritahu.

Kenapa?
Laut yang tenang jangan disangka tidak akan berjeram,
bumi yang mega jangan disangka tidak akan goyang,
seratus tahun boleh hilang sekilas pandangan,
kenangan tidak bisa kau ulang.

Sesungguhnya bukan kerana itu..
cuma, dia...
Hanya dia.


HINGGA KETEMU NANTI

Benci aku benci,
bila ada perasaan ini,
mahu aku mahu,
sekarang ada dekat denganmu.

Alih hendak berlari,
jauh dari saat ini,
gunung pergi ke tepi,
jumpakan aku dengan kekasihku.

Rindu..
rindu rindu rindu,
rindu-rindu, rindu rindu rindu..
rindu rindu aku sungguh rindu.

Cepat..
cepat cepat cepat,
cepat-cepat, cepat cepat cepat..
cepat cepat hingga ketemu nanti.

BERGANTI

Lama sudah aku begini,
tidak kusangka ke tahap ini,
dalam mencari cinta yang sejati,
kuharapkan engkau akan mengerti.

Berganti..
ilham sering berganti,
dan kini..
kuharapkan sekali lagi,
ia berhenti di sini...
Tidak larat tidak mahu mencari lagi.

Dan jika setiap hari akan kau terima ucap selamat pagi,
ketahui..
engkau sudah bertakhta,
di hati,
seorang lelaki.

Selamat pagi...
Biarlah selamanya.


C.I.N.T.A

Berapa kali ku harus katakan cinta
berapa lama ku harus menunggumu

Diujung gelisah ini aku
tak sedetikpun tak ingat kamu
namun dirimu masih begitu
acuhkanku tak mau tahu

Luka, luka, luka yang kurasakan
bertubi, tubi, tubi engkau berikan
cinta ku bertepuk sebelah tangan
tapi aku balas senyum keindahan

bertahan satu cinta
bertahan satu C.I.N.T.A
bertahan satu cinta
bertahan satu C.I.N.T.A

Pernahkah engkau sejenak mengingat aku
pernahkah ingat walau seperti angin berlalu

Disetiap malam kini aku
tak sedetikpun tak ingat kamu
namun dirimu masih begitu
acuhkanku tak mau tahu

Luka, luka, luka yang kurasakan
bertubi, tubi, tubi engkau berikan
cinta ku bertepuk sebelah tangan
tapi aku balas senyum keindahan

bertahan satu cinta
bertahan satu C.I.N.T.A
bertahan satu cinta
bertahan satu C.I.N.T.A



Sunday, September 15, 2013

YANG HILANG

Terbangun..
kerana terlalu ingat padamu.
Semalam..
tak lalu kumakan,
kerana wajahmu sudah cukup,
jadi hidupku.

Mimpiku..
memang tak lena tapi selalu ada.
Tangisku sudah sering terasa…
Bila mata terbuka,
realiti..
telah jadi hambar tawar.

Hariku..
hari-hariku yang pernah hilang,
hampir aku lupakan..
dia datang bawa harapan,
dia tak tahu,
aku pernah kehilangan.
Perlukah si dia tahu apa yang hilang? 


Wednesday, September 11, 2013

DI SUATU PETANG

Titis air kena pada mataku,
kini airmata bercampur sudah,
keindahan yang kulihat pada petang ini,
hanya seketika..

Tanda pencinta,
dinobatkan oleh dunia,
bagiku..
ia palsu belaka..
Tanpa makna.


Di suatu petang yang sama,
aku hadir dalam kelompok bercahaya,
kunang-kunang..
penyeri malam pencinta,
bukan lagi di Paris,
tapi di Tanjung Simfoni Kasih.

Lebih indah dan penuh makna,
bila jelajah bersama dia,
daun kami kata suka..
burung kami kata suka..
bulan hikmah cahaya,
senja menghangatkan cinta..


TRAFFIC LIGHT

Penatku memandu,
dari Sulu mahu ke Sibu,
di pilih simpangan,
lampu merah menahan aku,
berhentilah.

Diikutkan hati..
akan terus ku pergi,
bersama serpihan hati remuk,
yang sedang rancak menggelagak,
dalam dada perempuan.

Ku tunggu jua,
apa-apa yang mahu menyerlah,
lalulah..
kali ini aku kalah pada hatiku,
agar nanti,
aku bangun semula.
Di traffic light ini nekadku amanah,
hijau,
aku mula.


Tuesday, September 10, 2013

DAUN KERING

Dan daun hijau dibayu tari,
daun kering hidupnya punah,
sepi jari menahan seri,
hujungnya..
jatuh terbayang-bayang.

Sayu hatiku,
bila ada.. dihargai,
di sisi aku,
engkau terus ramah,
Tidak satupun ada sempurna,
namun ku sanjung hatinya terus setia.


KAU FIKIR KAU SIAPA

Ku rasa..
belum sempurna ini rasa,
jika hanya muncul kata,
kurang lara..
situ juga.

Kalau dulu pernah aku kata,
kau ilham bagi mata pena,
telusnya ku kata..
hari ini ku cuba,
dari kelmarin aku memangkah,
kesampaian,
tidak mahu tiba.

Kau fikir kau siapa?
Kau ingat selamanya kita perlu bersama?
Tidak... pasti tidak.

Ku hasilkan wadah,
bila waktu berdua,
katamu..
engkau mahu tinggal sengsara,
baiklah,
kau pergilah..

Aku tahu engkau siapa,
di hatimu bersaksi dusta,
untuk yang telah kita lalu berdua,
aku redha.


Monday, September 9, 2013

DESTINASI

Kau tahukah? Mahu ke mana aku..

Kau tahukah? Untuk apa ini..

Tiada yang lebih indah,
bila semua yang ku susah-susah,
sampai ke destinasi.

Dan..
ku lakukan semua ini kerana aku,
dan juga kamu.

Kamu yang terpilih,
ya engkau yang duduk di sana,
kupilih.

Ku pasti impian ini akan jadi nyata,
cuma.. bukan kini,
ker'na aku perlu masa.

Istimewakah? Bila nanti tiba aku di destinasi itu.

Terlalu istimewa, begini rasanya... http://www.youtube.com/watch?v=_gdY553lx1Q


TIDAK DIDUGA

Denai yang indah,
aku lalui dari rumah,
menuju pergi..
ke desa seberang.

Ku terpegun melihat dunia,
setiap kali..
walau hanya seluas mata.

Di lurah pergunungan..
tidak diduga,
wajahnya tiba-tiba di minda.

Sebaknya...
hiba juga turut serta.

Cintaku tidak diterima.

Tersentak kakiku,
seperti aku bermimpi,
datang suara berkata,
"Benarkah apa yang kau rasa?"

Hmm.. aku mengeluh.
Dan berkata,
"Bukankah engkau yang lebih tahu?"

Sambungnya..
Bila dia telah tiada,
waktu itu baru dihargai.
Dan jika itu sedang kau rasa,
untuk lupa..
memakan masa.

Sunday, September 8, 2013

POLEMIK

Aku cukup terkilan
melihat kebenaran,
mereka telah gadaikan,
pada janji...
berabad lamanya.

Hendakku tenang,
namun polemik berkata di hati ini,
sampai bila...
DIPERBODOHKAN!

Mungkin kesedaran,
perlu bangkit bersatu,
perjanjian lalu...
HARUS; ...dideklamasi dan dideklarasi SEMULA.

Tapi siapa harus bermula? 


...kalau bukan kita, siapa lagi.

Thursday, September 5, 2013

MANDATORI

Tak perlu aku kau hukum,
ker'na aku mahu menyayangi.

Tak perlu kau kata padaku,
ini bukan kehendak dirimu,
bila aku..
s'lalu ingin dekat denganmu.

Kalau salah,
ku tahu lebih sebelummu,
tapi aku tetap melaku,
dan jika hatimu rasa diperlaku,
yakinlah...
Aku akan mengaku.

Biarlah nanti dihukum mandatori...
aku tetap aku,
akan kau jadi salahku yang terakhir,
cinta hidupku yang terus bersemi,
tanpa berbuah..
ker'na aku tahu,
mungkin engkau tidak akan kumiliki,
sampai akhir hidup ini...


CINTA SEBENAR

Andainya..
aku diizinkan sekali lagi mencintai,
akan kupilih engkau..
sebagai cinta itu.

...mengertilah,
bila aku seperti tidak mempedulikanmu,
sebenarnya..
dalam hati ini,
aku amat memerlukan,
perhatian.. darimu.

Kerana matamu..
hanya memandang matamu,
aku telah tahu,
aku...
suka padamu.

Dan bila lapan minit berlalu,
engkau terus membisu,
aku tahu...
engkau sedang memikirkan aku,
Adakah aku?
ini cinta sebenar...
Bila sepertinya,
hatimu sukar; ...untuk per-ca-ya.


GELORA DI JIWA

Kau datang padaku,
aku jadi tak tentu,
berusaha aku untuk berselindung,
dari terus mengatakan...
aku suka padamu, oh.. aku suka padamu.

Aku rasakan,
yang nafasku bagai terhenti,
jantungku terus deras berdebar,
bila..
bila kau datang padaku.

Oh sungguh..
kau berjaya menawan aku,
kau telah pun berjaya.

Bila engkau sentuh jariku,
sungguh ia sangat romantik,
gelora di jiwa ini..
tidak mampu ku kawal lagi,
biarlah..
aku rela,
dibawa cintamu pergi.


AIR SUAM

Ketika itu,
detik waktu kelihatan amat perlahan,
sendiri..
di sini,
dengan santai,
hati baca buku.

Ku layangkan sejenak..
jiwaku ke arah itu.
Hari ini hari lahirku..
terbayangkan,
tanggal ini kau datang,
walau bukan dengan semua itu,
sekuntum mawar...
hadiah patung baharu...
bersuapan potongan kecil krim segar,
ya... kejutan demi kejutan.
Cukuplah hanya jika..
kau datang hanya untukku,
ucap selamat ulang tahunku,
ketiga puluh.
Lalu.. kita teguk air suam,
dari Nabalu.

Wednesday, September 4, 2013

SEBELUM MATA TERTUTUP

Sebelum mata tertutup...

Sering aku mengingat tentang kita..
ada juga tentang dunia,
tapi engkau,
selalu berkuasa.

Hakikatnya,
aku tak tahu kenapa..
benarkah kerana cinta kita?

Senang berkata..
ia tentang cinta,
tapi mengertikah aku,
apa itu cinta?

Sayang dan menyayangi..
itu patutnya cinta,
tapi kita..
sudah tidak,
seperti ia.

Berulangkali ku kenangkan,
kisah kau..
ketika bersama aku,
kembali,
tiap.. tiap hari.....

Selepas malam hari,
sebelum mata tertutup.

Tuesday, September 3, 2013

ESOK, KINI DAN TUA NANTI

Mereka tidak melihat alam,
yang indah pada malam ini,
ada sinar dari lampu neon,
bunyi perahu..
keluar mencari nafkah.

Mereka tidak ingat makan,
kenyang pada malam ini,
ada sinar dari para bintang,
bunyi angin..
sungguh menyelerakan.

Dilihat..
hanya taman ini..
berlari-lari sesama sendiri,
main jadi-jadi...
Mesti indah,
teringin jadi semula.

Dijeling seketika,
oleh sepasang pencinta,
mereka bercerita,
pasti..
pasal kanak-kanak muda.

Esok,
perlu lebih bertenaga,
kini dan tua nanti,
terus selalu muda,
alangkah hebatnya.. jika masa,
boleh,
ku ubah-ubah.


Monday, September 2, 2013

HATIKU SUKA

Hampir aku..
tidak dapat berkata apa,
melihat telatah dua anak kecil,
oh... sungguh menggeramkan,
namun itulah yang terindah..
yang sungguh indah...
acara terbaik,
yang berlaku dalam hidup ini.

Cukup sudah aku berduka,
aku pergi dahulu...
selamat tinggal kenangan,
aku pergi dulu..

Kau tanya kenapa?

Hatiku suka!
kerana,
bergunung pun wang yang ada di rumahku,
tidak dapat kau bandingkan dengan rasa sukacita...
oh... jutawan tidak dapat membeli rasa,
tapi rasa,
MAMPU mengubah segalanya!


Sunday, September 1, 2013

PESAING HEBAT

Hebatnya dia,
dapat memiliki..
putera yang kudambakan,
telah pergi dengannya.

Ku akui engkau...
Pesaing hebat.

Pada malam yang suram,
bila masa mengakhiri mimpiku,
hati kecil bertanya,
siapalah aku...
datang dari kampung terpinggir,
hanya mampu,
berangan-angan.

Cukuplah cik pari-pari..
kembalikan..
hatiku yang dulu,
itu sudah cukup bagiku,
untuk berharap semula.

BILA AKU TELAH TIADA

...telah aku memaafkan,
tapi tidak aku lupakan.

Kecewa...
aku tak mahu lagi berkata,
apa-apa.

Bila aku telah tiada..
maksudnya,
kasih dan setiaku,
bukan lagi untukmu.

Sementara menunggu..
tibanya cahaya baharu,
seorang ku sendiri datang melihat,
episod kita sampai ke penamat.


MASIH ADA YANG PEDULI

Tertulis,
di dalam diari dia..
ungkapan kata,
ku tahu dari hatinya.

'USAH MENOLEH'

Ku tahu..
alam cinta yang engkau lalui,
membuat hidupmu,
gusar.

Namun,
tidakkah kau nampak aku?
Insan yang hadir dalam jalan hidupmu.

Aku tak tahu,
ini akan berlaku,
dan ku tahu jua,
ini perlu berlaku... telah pun berlaku.

Aku..
malu untukku memberitahu,
tiada siapa tahu,
aku telah mula menyayangi dirimu.

Semestinya,
dengan jujur ku katakan,
wajahmu begitu menawan,
jalan cintamu..
buat aku melawan.

Aku..
aku tahu jua...
ku ketuk pintu hatimu,
untuk dekat lebih denganmu,
walau aku persimis..
apa akan berlaku.. esok nanti.

Biarlah kau tahu,
masih ada yang peduli..
bila dia,
tidak lagi.

USAH MENOLEH















Pergi sahaja..
tak perlu kau kata,
selamat tinggal.
Tak usah kau lafazkan,
sebarang kata,
jika ia hanya..
buat aku menangis.

Teruskan langkahmu,
usah menoleh aku,
engkau,
telah melukakan hatiku,
dan aku berjanji...
engkau tak akan pernah tahu.

TERTUTUP RAPAT

Lama telah dia mendiam,
dilalui harinya lazim biasa,
bernyanyi..
tidak mahu memikirkan,
jauh lagi.

Hari ini..
dia senyum pada si dia,
tertanya aku, ...bagaimana.
Bagaimana,
hatinya terus terbuka.

Lebih baik juga,
dia kembali semula..
jadi gadis sekali lagi,
setelah lama,
hatinya..
tertutup rapat.
Ku percaya lagunya kini,
akan lebih ceria.


TEWAS AKU KERANAMU

Dia..
lambang kesucian,
hati murninya selembut baldu,
sifat malunya,
kukuh berdiri.

Dia..
yang ku kenal amat menawan,
keanggunan dirinya,
walau hanya insan biasa,
cukup untuk memimpin dunia.

Dia..
tersentuh hatiku,
bila dia dilukai.. dilukai,
harusnya dia disayangi...
terus disayangi.

Dia..
mungkin lemah dipandang rata,
tapi dia,
boleh jadi gagah berani.

Tewas aku keranamu..
Wanita.
Juga tewas aku keranamu,
Cinta.