Saturday, August 31, 2013

SAD SONG

On this dark night,
On this lonely planet,
I keep,
Keep thinking of someone.

Love.. love...
That kind of love,
I love you so much.

My love,
who's hard even to look at.

Why is this sad song playing now,
And making my scarred heart hurt more...
I don't want to listen,
But I don't know why my heart keeps,
Keeps listening.

I never knew when it was by my side,
I thought I would live easily while in love.

Person, person...
Bad person,
I realized I was a bad person.

These days,
I keep counting the stars in the night sky,
Each and every one of them,
These twinkling stars,
These trickling tears,
All of it is my love toward you.

Why is this sad song playing now,
And making me cry even harder...
You get punished,
If you make someone cry,
you cry even harder...
Now I know...


Sung by Heo Young Saeng.

http://www.youtube.com/watch?v=ZAVyEvA-h-A


AKU DILAMAR

Lihat sayang..
camar itu terbang riang di lautan,
tahukah ia..
bahawa ombak di bawahnya memulas,
ke daratan.

Pernah ku redah...
arus deras begitu,
hatiku..
penuh kebimbangan,
tapi bila ingat untukmu,
tabahku membantu aku.

Hidup untuk berjuang!
Kata aku,
pada diriku...

Sayang..
sanggupkah kau tempuh sesuatu... bersama aku.
Perkahwinan.

Sukar sayangku..
penuh dengan tanggungan,
seperti melintas di laut itu,
air tidak selalu tenang.

Jika sudi...
bila ia tenang,
hidupmu penuh kesyukuran.

Aku dilamar? ...tanyamu.
Ya... mari kahwin.


DULU... AKU DIHATINYA

Tiba masa..
pergi melihat mentari benam,
kau bawa..
aku.

Sampai waktu..
bulan kembang terang di malam,
kau..
bawa aku.

Datang genap..
tiap hari lahirku,
ke sana makan berdua,
kau bawa aku.

Tunggu dan ku tunggu,
sudah jadi ramalan,
itu dulu...
bila dulu.. aku dihatimu.

Masihkah kau ingat..
bila katamu,
tiap degup jantungmu berbunyi,
akan kau ingat namaku.

Oh... romantisnya,
bila dulu.. aku dihatinya.


DIA YANG MENGAMBIL TEMPATKU

Lapangan ini kelihatan sepi,
desir angin berbunyi hantu,
turut melambai..
turus daun di pokok aru.

Diriku...
bersempadan rindu,
deruman laju lalu depanku,
pergi dirimu..
meninggalkan aku,
dia yang duduk dekat denganmu,
sepatutnya aku..
dia mengambil tempatku.

Biarlah..
dia yang mengambil tempatku.

Aku berharap,
dia terus menjagamu,
makan..
minum..
jadi temanmu bicara,
basuh jemur kain,
bersihkan ruang rumahmu,
selalu dan tiap waktu.


PASRAHKAN SEGALANYA

Sekiranya..
masa diputar semula,
di mana waktunya perlu ku pergi,
haruskah?

Kuheningkan akal ini..
disaksikan oleh dua lautan,
dipotretkan dengan sinar matahari,
dikabulkan..
oleh angin Palawan.

Telah kulakukan apa yang mampu,
bukan mengikut kehendak diriku,
bukankah itu...
kehendak,
Bapaku di syurga.

Pasrahkan segalanya...
dia yang pergi,
bukan ketentuan hidupku sendiri,
ku yakin,
yang datang nanti,
jadi sempurna hidupku.

 

Friday, August 30, 2013

PERGILAH

Pedih ku tanggung..
tiada dimengerti.

Menantimu sedekad,
ku pasrah aku bukan pilihanmu.. 

Pernah aku menjadi pujaanmu,
bila hati telah kuberikan..
dipermainkan.. 
dipersendakan.

Bonekakah aku? 
Digantung.. 
namun tidak bertali..

Kini kau lafazkan kata,
aku tidak layak untukmu.. 
kerana dia,
telah mencuri hatimu.

Pergilah sayang... 
walau aku tidak mampu melepaskan,
ku tetap relakan jua..

AKU HIDUP DALAM BLUES

Aku hidup membujang,
berteman gitar kayu,
minum kopi secawan,
sebatang rokok menunggu.
Aku..
hidup,
dalam blues..
erti cinta tak berkamus,
dunia itu bumi.

Aku sudah bosan..
mengucapkan I Love You,
aku bagai si pungguk,
takut musim tengkujuh.
Aku..
hidup,
dalam blues..
erti cinta tak berkamus,
dunia itu bumi.

LAMBAIAN TERAKHIR

Peluklah aku..
gagak hitam datang mengganggu,
jadilah,
perisai untukku,
bukan jadi bisa hatiku.

Mimpiku terlalu pilu,
kau beri aku..
lambaian terakhir,
katamu..
aku bukan untukmu...
dulu.. lain pula katamu.

Adiwira,
Berkatalah suka.. jika benar suka,
berkatalah sayang.. jika benar sayang,
berkatalah cinta, jika sudah cinta..
berkata pula pisah,
bila hilang selera.

HAMPIR TIBA

Kita lewati baris kayu berpaku,
bertemu di hujung lalu,
duduk berpangku,
sebelah bahu,
hayati waktu..
manis kita sandarkan.

Tak perlu kau lihat aku,
ini waktu biarlah kaku,
tak perlu kata padaku,
biar bisu..
ku tahu senang begitu.

Lepaskan bumi,
usah cari erti..
relakan waktu,
rambutmu biar ku sapu,
bibirmu bibirku.. hampir tiba,
masa untuk bercumbu.



DIRAMPAS

Tanpa kata,
setuju tak bermakna,
terus dirampas,
bagai kasih ini miliknya.

Terlalu kelu lidah ini untuk berkata..
kaku tangan ini menahan perginya dia,
dirampas kasih setiaku,
pergi dia..
tahukah betapa seram ku rasa.
Bila nanti engkau tiada,
kelopak kecil ini pasti terumbang ambing,
goyah hati..
kalau tumbang di halaman,
ku harap merahnya jadi kenangan.

Derasnya angin..
terputik bunga ini sendiri.

DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Di atasnya nanti,
di puncak gunung Kinabalu,
akan ku laung sekuat hatiku,
betapa..
teguhnya dirimu,
terus bertakhta dalam hati ini.

Di puncak itu juga..
akan ku hadiahkan satu senyum untukmu,
yang menawan..
seperti telah ku tawan gunung tinggi ini,
setelah..
matahari terbit di timur sana,
bercahaya pekan indah itu,
mesti di sana engkau sedang tidur,
di saat aku,
ingat tentangmu.. yang di saaaaanaa Ranau...


SENJA

Mampukah sekali lagi..
ku menawan puncak yang tinggi,
kerana senja,
sudah mahu berubah.

Kakiku lesu,
menahan detik pendakian,
namun pada waktu itu,
hatiku terus melawan,
takut hilang pedoman,
kerana senja...
sudah mahu mengubah.

Kini..
bila usia, juga semakin senja..
masih ku rindui,
saat-saat bersama denganmu,
ku rindu jua..
pohon.. pohon redup,
dedaun kecil kemuncak,
dengan harum semerbak Khatulistiwa.


Wednesday, August 28, 2013

APA BUKTI CINTA?

Indah berbunga bila bercinta,
disayangi..
juga menyayangi,
berdua,
kau dan aku.

Apa bukti cinta?

Jika itu kau tanya aku,
lihatlah drama itu,
ya.. ada bunga..
ya.. ada rumah..
ya.. berkata indah..
ya.. janji setia.

Itu lambaian dari maya,
kadang yang ada tidak sepertinya.

Aku terduduk hati tak tertahan,
kesabaran sudah sampai akhirnya,
kebencian jadi BUKTI cintaku.


KETAHUI JUGA

Lepaskan segalanya...
yang menghalang dirimu,
hulurkan tanganmu..
aku berjanji akan menyambut dirimu,
percayalah.

Dan bila nanti,
engkau terus jatuh ke bawah,
ketahuilah bahawa aku penuh penyesalan,
hatiku turut hancur berkecai,
kemarahan ada..
pada diri sendiri.

Ketika itu..
kuatkan hatimu,
nyalakan darah yang mengalir dalam tubuhmu,
datanglah nanti kepadaku,
ketahui juga..
aku tidak selalu sempurna...


PERAHU MALAM

Bahuku bersandar pada setiang kayu,
sedih meninggalkan...
tanah daratan.

Bisingnya enjin perahu malam,
tidak kuhiraukan,
hatiku kebisuan.

Riuh desiran menghempas di tepian,
buih percintaan sedang dikenangkan,
tertinggal...
separuh jiwaku.

Gelap malam menambah sepian,
hanya lampu halang kerisauan,
terumbu karang indah diselam,
semalaman...
aku pasti kerinduan.


Tuesday, August 27, 2013

PERAHU PAGI

Detik pagi datang lagi,
ke tepian aku berjalan,
lalui pohon cemara,
aku nanti..
sehingga terbit lagi.

Suatu ketika itu,
hatiku penuh sendiri,
ku lihat perahu pergi,
pagi ini..
ku ingin pergi.

Rentas laut berapi,
daki ombak tsunami,
kuatkan azam di sanubari,
sampai nanti..
hanya hendak ku lafazkan,
Selamat pagi.


Monday, August 26, 2013

KERANA CINTA

Menari tumbuh nan hijau,
bila disentuh aman sang bayu,
bernafas umpama aku,
kerana sinar cinta mentari.

Hidup aku..
pernah untukmu,
kekal lagi kekal padamu...
bezanya, aku dan kamu...
bukan lagi seperti dahulu.

Ku lepaskan cinta di dada,
kerana cinta...
kesannya masih ku rasa,
ku rasa sampai bila-bila.


SEKETIKA

Berpaut aku,
seketika..
berpaut sauh di tepi batu,
ini,
cuma seketika.

Bila nanti redanya dada,
izinkan aku pergi kembali,
andainya ada..
ada rasa di hati,
itu mungkin rindu,
juga mungkin bermula cinta.

Bila juga aku kembali,
mungkin dinda aku pun cinta.


Saturday, August 24, 2013

TERPULANGLAH

Sematkan tema dari luhur pencinta,
wadah malah turut tertanya,
dan bertanya.

Mengapa sering kau kata rindu?

Mesti dia tidak dekat denganmu,
atau juga tidak lagi bertemu.

Mengapa tidak kau luah sayang?

Sedangkan engkau mahu menyayang,
atau juga belum bertenang.

Mengapa selalu hendak kau ulang?

Sudikah engkau jika dia datang,
atau kembali berterus terang.

Mengapa..
Mengapa juga kau tunggu masa?

Hampir sezaman menunggu bulan,
atau sedang mencari ilham.

Mengapa bunga jadi igauan?

Tidak cukupkah ciptaan Tuhan,
atau sengaja malas berjalan.

Mengapa tetap sungguh pendirian?

Beranikah engkau melanggar batu,
atau terjun dari bangunan.

Mengapa suka berandai-andaian?

Tiadakah pasti dalam hatimu,
atau keinginan sudah terbuntu.

Mengapa nyawa jadi taruhan?

Sedarkah engkau hidup hanya sekali,
atau mungkin kau telah mati.

Mengapa..
Mengapa aku engkau jarakkan?

Takutkah engkau terjatuh cinta,
atau aku tiada rupa.

Terpulanglah.


KU INGIN KAU KEMBALI

Rasa rindu,
terbenam di naluri ini,
bila teman.. semua telah pulang,
sepiku datang,
ku ingin kau kembali.

Rasa tenang,
berpesan di hati ini,
bila hari berperang,
ribut taufan,
ku ingin kau kembali.

Rasa sayang,
bergenang di iris ini,
bila inginku sayang,
tiada datang,
ku ingin kau kembali.

Ku ingin kau kembali,
bila suka denganku,
ku ingin kau kembali,
biar duka denganku.


ANDAI MAMPU KU ULANG

Datang kembali wahai warna pelangi,
berbungalah lagi,
berpucuk cinta di alam ini...

Bermadah lagi duhai raja sehati,
imaginasi si pari-pari,
bait-bait tidak terperi,
duduk gagah,
di singgahsana.

Bayang rupa asyik di lurah,
genit rasa cubit dimanja,
dahan muda mudah terluka,
ratu di hati,
jangan sekali engkau jurangi.

Telah mandi berkemban siam,
bunga sunti dayang berteman,
andai mampu ku ulang-ulang,
esok datang,
bermula silam.

BUKU BAHARU

Usah menilai dari luaran,
tebalnya awan belum tentu akan hujan,
terik mentari tidak membawa erti..
akan panas sepanjang hari.

Ku selak..
halaman demi halaman,
semakin lama semakin bosan!
indah ada..
menusuk hati sampai tertitis airmata.

Setelah cerita semakin hujung,
yang kuharapkan..
akhirnya tidak berlaku,
watak utama tidak lagi bersama.

Apa punya cerita...

Bergegas aku ke pusat buku,
di sana ku intai satu persatu,
stanza cinta.. berbait pelara.

Sebolehnya,
ku mahu..
buku baharu di pangkuan si dia,
ku tunggu sambil senyum manja..
tapi dia asyik membaca.


Friday, August 23, 2013

3 KUNTUM

Ke sana,
untuk bertemu dirimu,
jejak pantai kakiku terbuku,
hatiku jua begitu..
tercatat namamu, kau dan aku bersatu. 

Ku hulurkan padamu;

1 kuntum bunga,
Aku sayang padamu...

2 kuntum bunga,
Aku mengharapkan cintamu...

3 kuntum bunga..
ia,
tanda nyata,
rasa cinta yang berputik,
dan ku harapkan,
cinta ini bersatu.

Kau dan aku...
dan cinta kita akan bersatu.


Thursday, August 22, 2013

TANPA NAMA

Sedalam mana?

Andai nanti.. -tidak ku pinta-

Andai nanti hatimu perlukan aku,
andai nanti jantungmu perlu dibantu,
aku sedia membantu,
walau ku tahu itu mungkin tak perlu,
ambil nyawaku..
kuserahkan hanya padamu,
jika itu kau perlu,
pada waktu itu.

Janganlah sampai begitu,
kuharapkan engkau sihat selalu,
agar dapat bersama denganku..
selama-lamanya.

Semua itu kulakukan..
tanpa nama,
kerana ku tahu,
aku telah tiada pada waktu kau tahu,
maafkan aku,
tapi sedalam itu cintaku.


DIPANAH PETIR CINTA

Tahun demi tahun ganti beralih,
masa semakin runsing,
kutunggu..
siapa dia yang berani,
siapa dia putera sejati.

Ditunggu dan menunggu..
lebih kelam erti menunggu,
yang ditunggu sedang bermain,
terpaksa aku menyerah,
dan teruskan menunggu.

Wajah ini kulihat semakin lesu,
tidak cantikkah aku..
garangkah aku..
ia semakin berusia,
siapa lagi akan terima?
Nyatanya...
aku tidak terima,
hati kututup untuk dicuba,
kerana,
ada kutunggu dia di sana,
dalam taufan seribu impi,
sanggup,
ku dipanah petir cinta.


Wednesday, August 21, 2013

JARI MANIS

Lalu bermula,
dia melangkah ke arah aku,
satu-dua-tiga-empat...
semakin rapat,
senyum semakin tenang,
mata memandang..
jarinya ku sambut genggam.

Sudikah dikau menerimaku sebagai...














Kata itu menghenti dunia.

Tahukah engkau nafasku pernah terhenti,
kerana sangka.. aku tidak tercari,
kerana sangka.. aku 'kan seorang diri,
tunggul mati pernah patah hati.

Kejutan dari syurga telah datang temui aku,
kataNya..
lakukan dengan sesungguh hatimu..
kerana Aku sentiasa bersamamu!

Kini di sini,
di depanNya sebagai saksi,
Ku terima janji abadi,
jari manis menjadi bukti...

TIDAK BERGANJAK

Ku lihat gelung semakin terbuka,
bakal memisah talian cinta,
kekukuhan masa masih ada,
untuk aku..
berharap padamu.

Seandainya.. mungkin pasti,
aku terjatuh nanti,
hendak berdiri tak boleh lagi,
pedih di dada,
bahu tertekan ke bawah,
simfoni kasih,
berhenti.

Bunyi kecai,
terbias di seluruh rasa,
ku berharap..
kubur cinta disemadi teguh,
tidak berganjak,
sampai dikapan waktu.

Mula di situ...
munculnya, warna hidup baharu. 

TETAP DI SINI

Tempat ku mengadu siapa lagi,
bila kau pergi,
derita ini ku tanggung sendiri,
sungguh ironi.

Ke mana lagi hendak ku pergi..
segalanya sudah terhenti,
bila kau putuskan aku,
kakiku kaku beralih.

Kekal ku di sini,
menanggung sakit hati,
kekal ku di sini,
menahan rindu di hati,
menangis tak tertahan hati,
tetap di sini,
menjahit sisa-sisa hati.

ANGIN BAWA RINDUKU

Angin bawa rinduku...
katakan padanya aku ada,
tunggu dia.

Angin bawa rinduku...
katakan lagi padanya,
mungkin selamanya.

Angin bawa rinduku...
hembuslah ke arah dia,
tepat ke rambutnya.

Angin bawa rinduku...
sejukkan hangat tubuh dia,
hari ini panas derita.

Angin bawa rinduku...
ke syurga.

Tuesday, August 20, 2013

DIA GADIS YANG RINGKAS, KERAS DAN BERGAYA


di saat bertemu insan impian
tipu sangat
jika tiada katamu
dapatkah engkau tafsirkan
kenapa
dia
..........
sebelum itu pasti dapat
bila berdepan
sukar pula
lalu tidak berkata

tersurat boleh kucuba
tersirat
apraxia cinta

dia gadis yang ringkas
keras
dan bergaya
selebihnya
biarlah kehendak alam

jika dia untukmu
pasti akan milikmu

Monday, August 19, 2013

SESAT NANTI

Tanpa kata..
ku keluar dari pintu itu.

Tanpa sedar..
melangkah ke arah.. mana?

Fikiran terbantut,
sudah tidak bererti lagi.

Bibir terkunci,
sedikit ternganga,
hendak berkata tak sanggup lagi.

Mata buka,
tiada kerdipan.. dari tadi.

Cepat.. genggam tanganku,
aku takut tersesat nanti..
jika tiada,
yang membimbing kini.

TERASA LURUH

Lebur hatiku salji hilang di musim panas,
luruh, terasa luruh airmata ini..
tak tahu tentang apa..
kuandaikan,
akan nanti bercahaya.

Empat musim berlalu,
empat kali tersentuh..
ya Tuhan,
redakan hati ini,
kerana ia sedang menangis.

Hapuskan sisa cinta,
jika ia masih ada..
hapuskan sama sekali,
hingga nanti hati mati..
cinta mati.


Sunday, August 18, 2013

SEHANGAT ASMARA

Terbang di padang lembu,
suasana sejuk membeku,
di sana kita bertemu,
bibirmu biar dicumbu.

Matamu tidak melihat aku,
nafasmu segar nan madu,
telingamu dengarlah aku,
hatimu mengapa kaku.

Halusnya rambutmu,
garang sungguh baju itu,
jarimu menahan aku,
dari terus memburu.

Bila rasa ini bicara,
aku sedia hilang teruna,
ramah sehangat asrama,
hanya kita berdua..
dilamun cinta pertama.

LEBIH TUA

Tapi aku lebih tua darimu,
bagaimana boleh engkau melamar aku?

Kau masih cantik,
dari dahulu lagi..
pertama kali ku lihat padamu,
hatiku berdebar-debar.

Izinkan aku,
ingin bersama denganmu,
menjamu makan selalu denganmu,
minum kopi juga denganmu,
berbual..
kongsi hidup bersama.

Bagaimana..
jika akan kau temui wanita yang lebih muda dan cantik nanti?

Ia tak akan,
aku sudah bosan dengan wanita yang muda dan cantik.

Kita keluarlah bertemu janji,
untuk pertama kali,
bukan sebagai kawan tetapi pasangan kekasih,
dan jika kau rasa aku tidak memenuhi seleramu,
tolaklah aku.


TAHAN LAMA

Siapa yang sedang berkata..
di dalam diri ini,
apabila bibirku tutup sahaja,
suara-suara berkata..
selalu ada.

Adakah ini tanda gila..
berkata seorang diri,
berfikir,
terfikir,
memikirkan,
difikirkan,
fikiran.

Ramai orang kata..
itu hatimu berkata.

Tapi di mana hati..
dewasa ini ku tahu hati hanya sekeping,
menapis sisa-sisa jahanam,
diakah itu yang kamu katakan?

Ada juga berkata,
itu akalmu berkata.

Tapi kenapa..
bila akalku putus cinta,
titik dekat hatiku yang terasa?

Syukur hatiku dicipta oleh Tuhan,
jika made in china,
mungkin telah lama kulontar,
ke dalam tong sampah.

Saturday, August 17, 2013

SEKALI LAGI

Ini sudah dijangka,
berkali-kali...
sekali lagi.

Bila sebuah impian tidak digapai,
yakinlah..
yakin sesungguh hati,
bahawa pasti ada yang jadi,
sejuta nanti..
hingga tidak terhenti.

Dan bila di saat engkau sepi,
yakinlah..
yakin sesungguh hati,
bahawa pasti ada seorang yang mengerti,
dia..
hanya dirimu!!!
Dirimu!!!






Cukuplah,
biar mengalah lagi.

Tapi tidak akan berhenti!!!
Mesti!!!

https://www.youtube.com/watch?v=0QHAZvenVBo

PERLUKAH

Pedati jatuh dari pelana,
engkau tiada hilang ke mana,
rasa sayu mula hujan bertamu,
lantas aku mendiam,
sendiri.

Umang-umang keluar sarang,
ketam jalan terus ke depan,
tergamam..
aku lihat dari seberang,
haruskah.
perlukah.
patutkah terus melara..

Cukuplah,
biar ku terus sapa.

Ini bukan pertama,
selalu aku mengalah,
kali ini,
biarlah aku gagah.

Bukan mudah,
tapi cuba.
Kerana dialah gadis impian,
ringkas, keras dan bergaya.

Friday, August 16, 2013

BIARKU LUAH

Ini rahsia..

Biarku luah,
sambil duduk di beranda,
berdepan depan si dia,
ketenangan..
keanggunan..
sejuk nyaman..
di sini,
Kundasang.

Ku lihatnya dari jauh,
sudah dekat tapi belum dapat rapat,
aku suka padanya,
silapkah?

Gemersik bisik di sisi pipimu,
luah suka ke padamu,
kau pegun tanpa suara,
aku malu.

Bagaimana caranya untuk dia?
susah...
perlukah dipuji setiap masa..
perlukah ada selalu untuknya..
itu sudah musnah.


DIA ILHAMKU

Berilah aku sekeping kertas,
juga satu alat penulis,
tinggalkan aku,
seketika..
kerana aku mahu bermula.

Bukan mudah,
menyusun bait aksara,
setiap kata penuh bermakna,
indah..
terlalu indah,
sehingga aku ternganga,
telah dipukau adinda.

Semua boleh ada,
apa atau siapa..
jelasnya serupa kata,
irasnya seribu makna,
dia..
ilhamku.

Datanglah..
datanglah ke minda,
rasuk tubuhku,
biar aku dipena..
bersama airmata.

Thursday, August 15, 2013

ENTAH

Hmm... keluh kesah,
ditanya itu,
ditanya ini..
entah jawabku.

1. Kenapa kamu seperti semakin erat bersama?

Entah.

2. Kau suka dia?

Suka..

3. Kenapa?

Entah.

4. Mustahil entah..

Ya.. entah.

5. Jujurlah hanya padaku, kenapa?

Entah...

6. Ini antara lelaki, kenapa?

Dia lawa. Tapi entahlah, aku jadi tak yakin,
bila mengatakan tentang luarnya.
Memang jujur kukatakan, dia memang menarik hatiku.

7. Apa yang menarik?

Hmm... manis wajahnya. Sekali pandang, pandang ku tak akan jemu.

8. Sungguh?

Ya, aku sungguh.

9. Jika begitu, apa rancanganmu?

Entah.. sepatutnya bermula sebagai teman, bukan?

10. Entah. Aduhai, aku pun jawab sepertimu.. Ya, lebih baik begitu.

1. Pada pendapatmu, adakah dia suka padaku?

Eh, sudah bertukar suasana, aku pula perlu menjawab. Hahahaha...

2. Janganlah ketawa, jawablah..

Itu sangat subjektif, temanku..
Wanita sukar diduga.
Rasa, begitu juga..

3. Jadi.. ?

Entah.

(diam seketika)

4. Perlukah ku beritahu bahawa bila melihat dia,
hatiku seperti syurga..
hanya lihat wajahnya,
segala-galanya jadi indah?

Entah.. cubalah.


2003-2012

2003 : ...dari kerusi kayu kita bermula.

2004 : ...sekuntum mawar merah kuhulurkan padamu.

2005 : ...mungkin aku sudah terlewat bagimu.

2006 : ...terima kasih kerana sudi mencuit kenangan bersama diriku.

2007 : ...kita menghambakan diri pada kasih cinta, kerana ia anugerah dari yang maha Esa.


2008 : ...ketika itu, sudah lama kau dan aku bersama.

2009 : ...hampir 100% kufikirkan kau cinta akhirku.

2010 : ...katamu dari kau saja la, aku faham di saat itu harapanmu kian pudar.

2011 : ...adakah hingga ke hujung nyawaku terus menanti suatu yang tak pasti.

2012 : ...genap sepuluh tahun, aku tetap berdiri, semuanya kuhargai walau hanya dalam memori.

HUJUNG NYAWAKU

Tubuhku semakin lusuh,
kala cintaku mula kehangatan,
indah saat itu,
sebentar tadi bagai tidak terancam,
laksana ia sekukuhnya besi.

Sungguh tak pasti..
kekalkah jiwa ini untukmu,
sampaikah ke hujung nyawaku menanti...
itu akan jadi misteri,
akan terungkai suatu hari nanti.

Andai kata..
aku jadi seperti dia,
menunggu hingga ke akhir usia,
yang ditunggu bukan dikau sayangku,
yang ditunggu..
tanda cinta kita dahulu, ada di situ.

DARI KAU SAJA

Usah diungkit kisah yang lalu,
semua berlaku,
itu sudah waktunya,
hidupmu jalan penuh selingkuh.

Kalau bertahan,
sudah bertahun aku tahan,
sudah tiba..
waktu untuk aku leraikan,
bukan juga beban di dada,
simpul tali tidak kesudahan.

Korban waktu,
hanya untukmu,
masa berbunga sanggup kau lindung aku.

Kini,
buah yang aku rasa umpama tanpa gula,
selepas ini,
apa pun yang berlaku dari kau saja la...


Wednesday, August 14, 2013

100%

Berlari aku untuk sampai di sana,
laju sungguh laju,
ke tinggi tempat yang biasa ku tuju..
agar dekat denganmu,
rembulan.

Tidakkah kau lihat,
kesungguhanku seratus peratus,
tidakkah kau rasa,
cintaku seratus peratus...

Jika tidak katamu,
mungkin silapku..

Pesan orang tuaku,
usahlah mencintai seratus peratus,
simpanlah sedikit untuk dirimu sendiri.

Baharu aku sedar,
bukan lagi separuh jiwaku pergi,
pernah kuingin bunuh diri.

Syukur kepada Tuhan...
aku sudah sampai,
di sini akan ku laungkan azam baharu,
untuk terus bersinar.

Mungkin kau tak tahu, seratus peratus itu 100%.
Bagai bulan penuh, sentiasa kutunggu.

KETIKA ITU

Air sungai mengalir,
lumut hijau berpaut pada batu,
mengadu kasih..
jika dia insannya.

Tapi bukan..
setelah panas mentari datang menghalau,
kering sungai itu,
paras suka semakin pudar.

Ketika itu..
di saat gelombang cinta mekar debunga,
segala rasa dikongsi bersama,
sehinggalah titis hitam mencemarkan alam.

Nyata sudah nyata,
aku pasrah walaupun susah,
hutan ini bukan lagi dara,
keinginan dunia,
untuk jadi kaya.

Ketika itu,
kusangkakan panas sekejap sahaja,
tahu-tahu sampai tinggal kuseorang semula.


HAMBA CINTA

Kerana cinta aku jadi begini,
Jika kau lihat kejayaan, itu kerana ia.
Dan jika engkau lihat kehancuran, itu juga kerana ia.

Perlukah aku,
jadi hamba cinta..

Ada yang tak percaya pada cinta pandang pertama.
Ada berkata cinta itu boleh dipupuk sehingga masanya.

Entahlah..
Mereka juga telah jadi hamba cinta.
Hinakah rasanya jika aku berkata demikian..
Aku hamba cinta.

Bukankah cinta itu sebuah kebahagiaan,
Tanpa peperangan?
Tanpa segalanya yang menyusahkan di dunia?
Bukankah akan terjadi demikian..
Jika tanpa cinta.

Sekali pandang,
Pada wajah manismu sayang,
Aku jatuh cinta!

Rasanya seperti…

Jika kau ada,
hati aman dan sentosa.
Biar tiadanya dunia,
Jika kau ada,
Aku cukup gembira.

TERIMA KASIH

Dua kata sudah cukup untukmu,
Terima Kasih.

Tiada lagi alasan perlu didengarkan,
tiada lagi peluang, peluang-peluang.

Terima Kasih.
yang terjadi mungkin suatu tragedi..
ada erti tapi biar ku sendiri cari.

Kau,
tidak perlu peduli,
lagi.

Pergi!

TERLEWAT





Seorang askar sedang mencari jalan pulang…

Setelah satu-satu temannya hilang,
akhirnya dia tinggal seorang.

Dengan berbekalkan ilmu perhutanan,
dia meneroka..
tanah rimba yang sedang mengembang,
hampir malam,
adakah sudah terlewat..
peluang.

Tiap hari setelah sebulan,
semangat kian terumbang,
masihkah ada ruang,
untuknya kembali tenang.

Suatu malam..
segala kenangan memenuhi hutan,
gelak tawa,
senyum pencinta,
janji bersama,
dan masih bertanya..
sudah terlewatkah untuk ia berulang..
kembali semula.

ROS MERAH

Bukan tentang puisi,
dengan kata-kata indah,
yang kuharapkan,
isi hatimu.

Bukan tentang bunga,
yang harum dan juga lawa,
yang kuharapkan,
kau hargai aku.

Bukan tentang nama,
yang telah diberi padaku,
yang kuharapkan,
hanya satu dalam hatimu.

Bukan tentang hadiah,
kerana ros merah pemberian terakhir darimu..
yang kuharapkan,
hadirmu itu cukup sudah bagiku.

KERUSI KAYU

Mungkin pada waktu ini,
kau yang kusayang telah tidur...
semoga mimpimu,
tentang aku.

Ingatkah engkau,
masa depan yang kita dambakan,
terbentang serambi pintu,
berdepan dengan laut biru.

Di kerusi kayu kita berbaring suka,
lihat tinggi di angkasa,
tiada noktah...
renung lama tanpa suara.

Aku cinta padamu...
ungkap kata itu ada pada waktu itu,
dengan harmoni ku mengharapkan,
kita beroleh bahagia.