Tuesday, February 26, 2013

SEMANGAT YANG HILANG

Sudahkah kau penuh usaha,
Jika sudah,
Jangan lagi bersedih,
Itu sudah suratan yang Esa.

Mari ke taman denganku,
Di sepi pagi ini,
Kumbang mula terbang mencari bunga,
Di situ ada bunga,
Senja semalam ia dalam genggaman,
Indah dia pada hari ini,
Akan kembang serlah jelita.


Mari kita jalan dalam lagi,
Ada di sana bunga semalam,
Kembang mekar,
Kuning sungguh menawan,
Pagi ini..
Dia layu hampir jatuh.

Beginilah sayang...
Putaran di bumi pahlawan.
Lakukan sahaja semampu yang kau mahu,
Yang kau terima,
Sudah ditetapkan,
Jikalau ada semangat yang hilang,
Yang hilang pasti berganti..
Akan lebih baik dari yang ada kini.

No comments:

Post a Comment