...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Monday, February 11, 2013
MUMTAZ MAHAL
Di suatu sudut hati ini,
Tersimpan kukuh mahkota,
Bertapak teguh..
Kekeringan kedut di permukaan.
Masuklah ke dalam ia,
Kerana di luar mungkin berbeza,
Dalamnya penuh tenaga,
Kenangan indah..
Umpama cerita satu drama.
Dalam keabadian sebuah cinta,
Diingatkan tiap waktu,
Diwasiatkan kepada diri-diri,
Ada cinta dikuatkan,
Bila tidak kesampaian lagi.
Sinar bulan dipancar sang matahari,
Senyum menawan hasil hati keriangan,
Biji intan digilap sehingga pinar,
Kekukuhan...
Selamanya kekal abadi.
Mumtaz Mahal...
Mutiara sebuah istana,
Insan tercinta dalam hati tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment