Saturday, February 2, 2013

SEDANG AKU BERJALAN

Siang tadi..
Aku membawa hati,
Pergi...
Meniti titi sama hati.

Ku dakap sang ayu berhati,
Puisi..
Empunya hati.

Aku jatuh hati...
Kerana aku mengerti,
Tentang rasa yang pernah engkau rasa,
Kenapa yang biasa,
Boleh jadi luarbiasa.

Itu bukan kepandaianmu..
Itu hatimu,
Kerana...
Jika suatu kau laku dengan keikhlasanmu,
Hatimu.....
Yang dilepaskan akan jadi senang.

Sedang aku berjalan..
Ada ku lihat,
Garis persamaan.
Melodi indah kuberi sekuntum bunga bernyawa.

No comments:

Post a Comment