Jauh mata memandang,
Renungan semakin hilang,
Seluas ladang di bendang,
Ruang di hati ini sedang kira-kira.
1, 2, 3...
Aku berhenti untuk mengatakan suka.
4, 5, 6...
Berhenti lagi untuk mengatakan sayang.
7, 8, 9...
Di sini aku mengatakan cinta,
Dari hati setulus ragi-ragi memabukkan.
10, 11, 12...
Terputus kata-kata kerana hati tak rela.
13, 14, 15...
Ku mohon satu lagi peluang.
16, 17, 18...
Terbuka semula hatimu padaku,
Cinta disulam seperti semalam.
19, 20, 21...
Goyang di perhentian malam,
Pergi sedalam perigi.
22, 23, 24...
Tidak akan hilang cinta ini,
Ku kira dan terus mengira.
Rasa kuah anggur yang lama,
Semakin lama semakin sayang,
Bersama intan masa di lengan,
Buku cinta 1, 2, 3...