Sebelum...
Aku tiada di dunia ini,
Jika dikata hanya tinggal sedikit masa,
Hentikan sejenak dunia ini,
Dengarkan..
Pinta terakhir dari diriku.
Bukan ku mahu menjejak kaki di semua bumi,
Itu akan jadi sia-sia..
Buang masa.
Bukan lagi ku mahu wang berjuta-juta,
Itu helaian..
Tidak dapat memberiku secebis kelegaan.
Hentikan segalanya,
Datang dekat padaku..
Rasakan degup gementar jantung ini,
Tak lama lagi akan hilang getaran ini.
Hendak sekali lagi ku tenung mata rayumu...
Hendak bersama itu kau tahu hatiku,
Tidak perlu ku katakan di siang,
Aku sayang hatimu..
Jaga diri..
Aku tak akan hadir lagi.
Sambil kaburan mata menusuk ke kalbu,
Aku mahu jatuh...
Di pangkuan tubuhmu.
Hendakku katakan pada dunia,
Tetapi tiada siapa akan percaya,
...yang aku cinta sungguh padamu,
Termasuk dirimu.
No comments:
Post a Comment