Friday, September 7, 2012

BERITA HATI

Di lapang ini aku terbaca ayat yang murka,
Hatiku turut rasa kecewa,
Belum sembuh luka di dada,
Masa berlalu..
Terus pilu selalu.

Ku intai cinta yang syahdu,
Embun pagi dalam kekaburan,
Dia sayang dalam sanubariku,
Dia si bulan di malam yang tenggelam.

Kata dinda sebutir bintang,
Berkelip terang dari engkau di angkasa,
Melihat aku dalam gembira,
Mesti jua ada masa duka,
Ke mana sahaja..
Aku di bawahmu,
Memerhati,
Turut merasa.

Selalu sayang ingin ku lepaskan,
Tetapi sukar untuk ku hilangkan rindu,
Aku keliru antara syurga dan neraka,
Berita hati berbagai bicara.

Terpendam sebuah bisikan,
Kau aku sayang,
Kau sangat ku cinta,
Kau menyeri hidupku,
Tanpamu aku tahu hidup boleh merana,
Penyesalan tidak lagi sanggup ku tanggung,
Setelah menyakitkan hatimu bulan,
Biar kau marah untuk selamanya,
Biar aku terima untuk lagi lama.


Ku letak akhbar lama,
Cermin mata ku tindih bersama,
Ku tunduk mendamaikan mata,
Nafasku lemah,
Seperti mahu meronta,
Jelajah ini ku abadikan hari demi hari,
Tiba masa..
Semoga hilang di masa.

No comments:

Post a Comment