Pernah ku baca erti seminit,
Jika hendak kau rasa,
Lihat pada jam itu,
Nantikan jarum seminit jadi sempurna,
Lama...
Begitulah lama rasanya bila tunggu seminit.
Tentang tunggu..
Tidak perlu ditanya bebannya,
Apatah lagi sedekad lamanya,
Ada berapa minit dalam sedekad?
Sedekad menanti...
Kau buat hidupku terpandu sepuluh tahun.
Semuanya kerana menanti,
Bukan hendak menumbang kayu jati,
Menghayati tuaian sawit itu bukan duniaku,
Di subuh menoreh keringat getah,
Bukan..
Bukan dunia yang aku nanti,
Engkau..
Yang ku nanti,
Selama sedekad telah ku harungi.
Aku tahu bukan mudah bermimpikan puteri,
Hanya ku tunggu sebuah ilustrasi bagi puisi ini,
Juga ku tunggu harum mawar di garis itu,
Di mana kau sayang..
Perlukah ku nanti sedekad lagi,
Jika itu kehendak si Dia yang satu,
Ku teruskan,
Sampai hati ini tidak tertahan lagi,
Meraung rindu,
Sedalam lautan biru,
Sehingga hilang suara garauku.
No comments:
Post a Comment