Sunday, September 23, 2012

CINTA TAHAP Ph.D

Katakan dengan seikhlas hati,
Kerana tadi ku lihat dia berkata..
Aku hendak lelaki yang dalam hati,
Beriman bukan bertaman.

Senyum aku membaca,
Kerana itu kehendak yang tak pasti.


Tidakkah kau tahu...

Aku insan yang bila bekerja,
Dalam ketekunan.
Aku insan yang bila beriman,
Sentiasa syukur terhadap Tuhan.
Aku insan apabila kasual,
Teman-teman ketawa keriangan.
Aku insan yang seorang bapa,
Tegas semacam kepada anaknya.
Aku insan yang juga seorang anak,
Kehormatan ku beri pada ayah dan ibu.
Aku insan bila terlanjur salah,
Memohon tadah kemaafan.
Aku insan bila bernafsu,
Setiap tahun ada si kecil.
Aku insan...
Bila berkasih denganmu,
Dalam kebahagiaan.

Dunia perlu dihayati,
Malang bagimu jika tidak merasa duka,
Malang bagimu jika tidak merasa suka,
Hukum alam ada pengimbang,
Insan yang menyakitkan hatimu,
Adalah insan yang pernah membuatmu gembira,
Tidakkah engkau mahu gembira itu datang kembali...

Katakan semula...
Dengan sesungguh hatimu,
Engkau mahu seperti aku,
Cintaku tahap Ph.D,
Bukan tahap sekolah rendah,
Bila mahu; meronta-ronta,
Bila disakiti; tidak mahu berkawan,
Bila tak suka; ditinggalkan,
Kerana seekor kumbang seluruh pohon engkau tebang.

No comments:

Post a Comment