Cakap banyak pun tidak guna,
Bila berkata tentang yang indah,
Durian siapa tak mahu,
Apa lagi kalau sendiri jaga,
Empat puluh tahun yang lalu,
Datuk moyangku sendiri tanam.
Hai cinta,
Perasankah engkau yang dikau bagai durian,
Siapa tidak mahu...
Tidak mahu,
Jadi engkau anak dara yang tua,
Karisma durian,
Nikmat rasa tidak terkata,
Bagai cinta sebenarnya tiada siapa yang terkata.
Cinta..
Bila mula mahu segera,
Yang engkau dapat tidak akan berasa,
Ada rasa,
Ya..
Ada rasa,
Seketika untuk apa?
Belum kau rasa setelah dimakan masa.
Kata si pakcik,
Bila telah beratus purnama,
Ada pahit, manis dan yang paling berkesan;
Rasa terasa kebas,
Si muda berkata,
Kalaulah masa empat saat itu terhenti,
Relaku mati dalam perasaan itu.
Begitulah cinta..
Awal memang terasa hangat,
Sedikit lama ada suatu rasa,
Laaaaaaaaaagi lama,
Belum siapa yang rasa,
Kerana kesabaran selalu ada had padanya,
Bukan semua akan merasa,
Hanya yang tabah menanti saujana.
No comments:
Post a Comment