...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Tuesday, June 5, 2012
YANG BARU LAGI BARU
YANG BARU LAGI BARU
Waktu itu dia duduk di kerusi malas,
Berhadapan dengan api membara,
Hangatkan badan,
Luar hangat dalam turut serta.
Ku bancuhkan kopi pembakar semangat,
Dia arahkan,
Aku turut sahaja..
Sambil menggoncang lautan hitam,
Bingit suasana sudu bertemu kaca,
Ku jejak merapati si dia,
Dia renung mataku…
Soalan mahu tambah lagi sayang.
Jiwa kacau,
Burung terbang pulang ke sarang,
Senja berubah jadi gelap gelita,
Jadi.
Bangun pagi senyum padaku,
Mungkinkah ada,
Yang baru lagi baru…
Kami tunggu,
Dua bulan tak datang,
Kini tunggu sembilan bulan.
Tunggu yang baru lagi baru,
Sudah ada,
Yang baru lagi baru,
Wangi harum bedak si kecil,
Lampin ku lipat sambil lihat dia tidur tersenyum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment