Tuesday, June 5, 2012

TIGA PULUH SEMBILAN

TIGA PULUH SEMBILAN

Waktu itu aku belum mengerti,
Lahir seorang insan,
Membawa suatu lagenda,
Sungguh rasa berlainan rasa,
Hanya satu.

Aku duduk menghayati,
Buah fikiran pada ketika itu,
Ku pasti,
Lahirnya segala seni,
Hanya untuk menghiburkan hati,
Mungkin bosan pada ketika itu,
Mungkin kelainan pada zaman berlalu,
Minat itu sangat pasti.

Barang baru tiada dihargai,
Sudah hilang..
Sudah lama,
Semakin dirasai,
Semakin disayangi,
Semakin dikagumi.

Keindahan bumi kerana hijau,
Keindahan hati kerana budi,
Keindahan wajah terserlah di senyum,
Keindahan lelaki..
Tanya P. Ramlee.

Dedikasi kepadanya,
Sempena 39 tahun pemergian Seniman Agung.

No comments:

Post a Comment