Tuesday, June 5, 2012

NOKTAH CINTA

 
NOKTAH CINTA

Petani meraung terhadap rumput,
Semalam dipotong,
Petang esok kekal kembang seinci,
Tak pernah henti,
Sehingga akar bersemadi.

Angin lalu teduh sejenak,
Musim luruh daun gugur bertempiaran,
Tadi ku dengar laungan politik,
Tiada berguna bagi diriku,
Mungkin berbeza antara sesama,
Tidak ku ukur..
Bukan itu matlamat hidupku,
Kini.

Ku pejam mata,
Mendoakan segalanya mengikut kehendak Ilahi,
Ku lepaskan segala beban,
Yang terpikul selama ini,
Untuk ku meriahkan suasana hidup,
Yang lebih gila-gila.

Tak ku tahu,
Sungguh tak ku tahu,
Ke arah mana hendak ku tuju,
Jika depan bagai tiada,
Bagai lelayang berputar di angkasa,
Takut nanti benang terputus,
Oleh ketegangan di taman aksara.

Cukuplah…
Berflora fauna tiada menjadi,
Ku letak titik di sini,
Mungkin akhirnya segala meriah,
Noktah cinta.

No comments:

Post a Comment