Thursday, February 28, 2013

BAIK-BAIK SAYANG

Kepada:
Semangat yang hilang...

Aku tak ingin kau menangis bersedih,
Sudahi air mata darimu,
Yang aku ingin arti hadir diriku,
Kan menghapus dukamu sayang..

Karna bagiku kau kehormatanku,
Dengarkan dengarkan aku.....

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu,
Baik baik sayang ada aku untukmu...
Hanya satu pintaku di siang dan malammu,
Baik baik sayang karna aku untukmu.....

Semua keinginan akan aku lakukan,
Sekuat semampuku sayang,
Karna bagiku kau kehormatanku,
Dengarkan dengarkan aku.....

Sung by Wali Band.

http://www.youtube.com/watch?v=Q7pqb7dW_Ww

Wednesday, February 27, 2013

LAGU-LAGU CINTA

Sedang mendengar sebuah lagu cinta,
Melodi indah..
Teringat aku pada dirimu,
Bait-bait kata,
Seperti pernah ku ucap padamu,
Aku sayang padamu.. aku sayang padamu.

Ku lihat dirakam cerita,
Selaras dengan jalan cinta kita,
Indah waktunya,
Duka akhirnya...

Lantas ku cipta istimewa untukmu,
Lagu cinta..
Lama-lama jadi lagu-lagu cinta.

Dengan seluhur harapan,
Bila kau dengar..
Nanti.....
Kau pun ingat pada cinta dulu berdua.

"Lagu-lagu cinta ku mainkan untukmu, dengan penuh harapan kau percaya."


Tuesday, February 26, 2013

SEMANGAT YANG HILANG

Sudahkah kau penuh usaha,
Jika sudah,
Jangan lagi bersedih,
Itu sudah suratan yang Esa.

Mari ke taman denganku,
Di sepi pagi ini,
Kumbang mula terbang mencari bunga,
Di situ ada bunga,
Senja semalam ia dalam genggaman,
Indah dia pada hari ini,
Akan kembang serlah jelita.


Mari kita jalan dalam lagi,
Ada di sana bunga semalam,
Kembang mekar,
Kuning sungguh menawan,
Pagi ini..
Dia layu hampir jatuh.

Beginilah sayang...
Putaran di bumi pahlawan.
Lakukan sahaja semampu yang kau mahu,
Yang kau terima,
Sudah ditetapkan,
Jikalau ada semangat yang hilang,
Yang hilang pasti berganti..
Akan lebih baik dari yang ada kini.

Monday, February 25, 2013

NOKTAH


NOKTAH

Ingatkah dikau masa mula bercinta
Ya
Ada malu untuk bertanya nama
Bila nama sudah dikata
Berani pula minta sampai ke paha
 Tanpa malu

Sudah bermula
Taman ini disinar cahaya
Aura cinta menyerlah
Tanpa malu

Keinginan berdua dipenuhi bersama
Tanpa malu
Sudah jadi mesra

Di pelamin indah harga berjuta
Dikerumuni saudara dan rakan taulan
Tanpa malu
Kita bangga akhirnya cinta dibuktikan sonata

Malam beradu malam pertama
Permata
Yang dimahkota kini jadi milik berdua
Malu-malu
Digoda
Terbuka baju
Tanpa malu
Aksi bertelanjangan
Hanya kau tahu dan aku tahu 
Noktah

Friday, February 22, 2013

MIMPI CHICHARITO

Penuh debaran aku menanti sedar,
Tidak mahu mata membuka lagi,
Aku sedang melihat...
Senyum manis dalam mimpi ini.

Mampukah lelaki tidak menyakiti lagi?
Kerana bila mula..
Aku sungguh bahagia,
Segala usaha beri riang padaku,
Gelak ketawa berunsur manis-manis berkekalan.

Sedih sang bunga...
Disinar mentari pagi,
Segar berkembang berbunga cinta,
Tengahari turut harum bersuara,
Senja dinanti...
Perlukah menyakiti hatiku lagi?

Lelaki...
Dalam mimpi ini romantis dan segak,
Terasa diri sudah jadi wanita,
Insan yang selalu disakiti,
Namun kini..
Harapan untuk menjaring lagi,
Sentiasa aku nanti.....
Untuk kau buat aku bangga semula,
Kau kekasihku dan takdir ini mengasyikkan,
Dalam mimpi Chicharito.


Thursday, February 21, 2013

BEBASKAN AKU

Tempurung berada di hatiku,
Terikat tidak dapat lari ke mana,
Bebaskan aku..
Dari kepiluan ini.

Tersekat kata buat aku putus asa,
Menjelaskan keadaan,
Menyatakan aku cinta padamu,
Bebaskan rasaku..
Bebaskan aku.

Kuntum raya lapis lima-lima,
Satu; ...matamu memikat aku,
Dua; ...senyummu beri aku berani,
Tiga; ...menyapa engkau di sana,
Empat; ...rupanya ada di sebelah sahaja,
Lima; ...jalan-jalan percintaan.

Wahai hati yang lembut penyayang,
Bebaskan diriku,
Bebaskan aku...
Dari memikirkan si dia lagi,
Bukan aku tak cinta..
Ia buat aku terseksa.....

Seperti hendak membelai awan tepu di angkasa,
Digenggam tiada..
Cuma tinggal rasa.


Wednesday, February 20, 2013

CINTA TAK HARUS MEMILIKI

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=RNlv8vTeEfU










Cinta memang tak selamanya bisa indah
Cinta juga bisa berubah menjadi sakit
Begitu yang ku rasakan kini
Perih hatiku tinggal kehancuran

Tak pernah terbayangkan dan tak pernah terpikirkan
Cintamu dan cintaku akan berpisah
Namun harus ku relakan itu
Untuk hidupmu agar lebih baik

Maafkan aku setulus hatimu
Kepergian diriku itu bukan keinginanku
Terima saja dengan pilihan yang lain
Dari orang tuamu
Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan
Untukmu..
Sayang, semua ini ku lakukan
Hanya demi kebaikan kamu
Meski semua ini itu menyakitkanku

Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan
Terima saja semua ini ku lakukan untukmu.....

Monday, February 18, 2013

PINTA TERAKHIR

Sebelum...
Aku tiada di dunia ini,
Jika dikata hanya tinggal sedikit masa,
Hentikan sejenak dunia ini,
Dengarkan..
Pinta terakhir dari diriku.

Bukan ku mahu menjejak kaki di semua bumi,
Itu akan jadi sia-sia..
Buang masa.

Bukan lagi ku mahu wang berjuta-juta,
Itu helaian..
Tidak dapat memberiku secebis kelegaan.

Hentikan segalanya,
Datang dekat padaku..
Rasakan degup gementar jantung ini,
Tak lama lagi akan hilang getaran ini.

Hendak sekali lagi ku tenung mata rayumu...
Hendak bersama itu kau tahu hatiku,
Tidak perlu ku katakan di siang,
Aku sayang hatimu..
Jaga diri..
Aku tak akan hadir lagi.

Sambil kaburan mata menusuk ke kalbu,
Aku mahu jatuh...
Di pangkuan tubuhmu.

Hendakku katakan pada dunia,
Tetapi tiada siapa akan percaya,
...yang aku cinta sungguh padamu,
Termasuk dirimu.


Saturday, February 16, 2013

KEABADIAN CINTA

Keabadian cinta..
Bagi kita,
Bagaimana arahnya?

Ku curahkan sebutir kasih,
Kepada dirimu..
Dari muda sampai jadi tua,
Dari mula sampai akhir usia,
Cinta itu tidak akan berubah,
Abadi..
Hingga selama-lamanya.

Seekor rerama,
Hinggap di tepi mustika,
Batik ditenun kering di tali jemuran,
Sehati sekata bukan satu cara,
Jatuh cinta bukan sekadar bicara.

Monday, February 11, 2013

MUMTAZ MAHAL


Di suatu sudut hati ini,
Tersimpan kukuh mahkota,
Bertapak teguh..
Kekeringan kedut di permukaan.

Masuklah ke dalam ia,
Kerana di luar mungkin berbeza,
Dalamnya penuh tenaga,
Kenangan indah..
Umpama cerita satu drama.

Dalam keabadian sebuah cinta,
Diingatkan tiap waktu,
Diwasiatkan kepada diri-diri,
Ada cinta dikuatkan,
Bila tidak kesampaian lagi.

Sinar bulan dipancar sang matahari,
Senyum menawan hasil hati keriangan,
Biji intan digilap sehingga pinar,
Kekukuhan...
Selamanya kekal abadi.

Mumtaz Mahal...
Mutiara sebuah istana,
Insan tercinta dalam hati tadi.

Friday, February 8, 2013

SIHIR CINTA

Petik sebunga debunga leka,
Anyam di taman menawan syaitan,
Bongkarkan kubur..
Kubur leluhur,
Jauhkan rohku dari wira itu.

Lemas cemas tangan ini menggapai,
Hendak mencapai buah buai mahligai,
Datang gemalai menari-nari..
Lari... cepat lari,
Dari hati ini.

Setitik wangi ku titis dari jerami,
Bibir berkumat-kamit,
Melafazkan kata sihir cinta,
Tali dipintal ke punggung rerama,
Mata siapa melihat...
Pesona,
Beraroma nestapa.

Tuesday, February 5, 2013

R.....

Rembulan menyinar di malam hari,
Rahsia sinar dari matahari,
Ruang alam telah jadi saksi,
Rinduku padamu..
Rintih hatiku mahu engkau kembali.

Rencanakan cinta semahu aku,
Rentak kasihmu telah buat ku sayu,
Rindu-rindu..
Rambutmu itu,
Rebahkan diriku biar engkau.....
Ronta aku.

Rohku merayau mencari cintaku,
Rupanya tenggelam jauh dalam hatimu,
Relakan aku kembali padamu,
Ratuku..
Ratuku yang satu.




Sunday, February 3, 2013

TERMENUNG

Aku sedang bersedih..
Di atas kelakuan dunia terhadap diriku,
Kenapa ia jadi pada diriku?
Tertanya sentiasa.

Telah banyak pasrah ku abadikan untuk diri ini...
Yang sakit keterlaluan sudah ku rasa,
Yang sungguh indah telah aku nikmati,
Ku tak tahu apa lagi ku mahu,
Kerana hidupku masih ada waktu.

Ya Tuhan...
Maha pencipta,
Engkau juga yang maha tahu..
Kalau boleh hendak ku utarakan,
Penamat hidup ini,
Bagaimana..........

Adakah..
Perlu ku tanya hingga gadis gemuk menyanyi?
Adakah..
Sehingga akhir nafasku?
Adakah..
Setelah bumi lenyap di depan mata?
Adakah..
Sehingga dia menyapaku semula...

Aku termenung...
Dengan lagu-lagu yang pilu.

Saturday, February 2, 2013

KERANA KATA-KATAMU

Aku suka padamu,
Sememangnya bermula dari namamu.

Terlanjur ingin dekati kamu,
Aku terlihat matamu.

Aku suka padamu,
Bertambah-tambah...
Bila ku baca satu demi satu,
Kerana kata-katamu,
Seperti ia telah jadi milikku.

Ku mahu yang jadi milikku,
Akan jadi milikmu cuma.


SEDANG AKU BERJALAN

Siang tadi..
Aku membawa hati,
Pergi...
Meniti titi sama hati.

Ku dakap sang ayu berhati,
Puisi..
Empunya hati.

Aku jatuh hati...
Kerana aku mengerti,
Tentang rasa yang pernah engkau rasa,
Kenapa yang biasa,
Boleh jadi luarbiasa.

Itu bukan kepandaianmu..
Itu hatimu,
Kerana...
Jika suatu kau laku dengan keikhlasanmu,
Hatimu.....
Yang dilepaskan akan jadi senang.

Sedang aku berjalan..
Ada ku lihat,
Garis persamaan.
Melodi indah kuberi sekuntum bunga bernyawa.

TAKUT LAGI

Sekali lagi ingin aku memulakan,
Namun rasa hati,
Takut lagi...

Hendak usaha bertentang mata,
Tapi,
Takut lagi..
Bagaimana jika rasa ini tidak diterima?

Hendak ku nakal jari menjalar,
Tapi takut lagi...
Bila nanti aku dikata bukan sejati.

Ku intai dia dari pinggiran,
Takut lagi...
Kedapatan dia yang aku perhati.

Hendak ku minta nombor telefon...
Takut lagi...
Diminta cari sendiri,
Dia bertukar ganti.

Hendak ku peluk bila bersemuka,
Takut lagi...
Dikata aku gatal.

Tidakkah kau tahu,
Wahai kasihku...
Kehangatan matamu buat aku dibuai misteri,
Adakah aku telah jatuh hati?
Sekali lagi...
Tetapi mengapa aku takut lagi.....


Friday, February 1, 2013

MENARIK HATIKU

Bergaya dia dengan baju merah,
Jantungku bergoncang bagai gugur pahlawan,
Di meja ini dengan lilin berdua,
Bercerita kita tentang indah-indah,
Ada janji dan gurau senda,
Riak mukamu ku ubah-ubah.

Dia bersahaja,
Dari mata terus ke mata,
Ku perhati bibir dia..
Indah dengan warna sederhana.

Helai rambut hitam berkilau,
Tersusun rapi..
Ku tahu dia guna syampu perapi,
Kekadang diurai oleh bayu selatan,
Menarik hatiku...
Untuk dekat denganmu.

Selalu kamu,
Menarik hatiku...
Untuk dekat denganmu.