Aku ditanya tentang kisah cintaku.
* * * * * * * * * *
Aku tunduk,
Selesakan diri..
Yang mana satu fikirku,
Terlintas dalam akalku,
Lihat mataku akan
kau tahu.
Jika mataku bersinar,
Diikut oleh sulam senyum penawar,
Akan kau tahu...
Yang indah sedang ku imbas kembali,
Nostalgia... ya, nostalgia kisah cintaku.
Namun,
Bila kau lihat lenganku semakin rapat ke tubuhku,
Akan kau tahu...
Yang parut luka berkesan sehingga kini,
Berkesan namun telah aku lepaskan,
Itu kenangan,
Yang termewah dalam kisah cintaku.
Ada asam ada manis,
Bertemu manggis ku jadikan pemanis,
Laluan cintaku,
Tiada siapa akan terduga,
Kerana...
Tidak sanggup aku kira untukmu,
Mungkin boleh buatmu cemburu.
No comments:
Post a Comment