Gelapnya semakin pekat,
Tiba masa..
Ku pujuk diri ini,
Masuk ke kamar tidurku.
Di dinding itu..
Aku terhenti seketika,
Melihat,
Dan merenung potret yang tergantung,
Kata jangan membuatku terluka,
Mencetus titik kenangan,
Seakan yang tiada baru mahu bermula.
Silau sinar menyinari wajahmu,
Sekilau sinar bintang di malam hari,
Ku padamkan lampu,
Mata tidak mampu melihat bintang,
Tidurlah...
Tidurlah...
Kesusahan hari ini.. cukuplah untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment