Sunday, January 13, 2013

CINTA PARAS RUPA

Kebetulan aku berteman seri pagi ini,
Waktu ku nikmat tiap persis sesaat,
Si buta mahu bermain mata,
Apa daya mata tiada rupa.

Ku empati dalam diri ini,
Aku amati..
Hati yang buta,
Rupanya lebih hemah tinggi,
Rupanya boleh tahan lagi.

Betul kata mereka...
Cinta itu buta.
Si buta perlu merasa,
Tiap sentuh tidak lalui mata,
Si buta sedang bercinta,
Rasa hatinya,
Disayang-sayang.

Nanti...
Bila kau rasa debaran cinta,
Kau kata telah terjatuh cinta,
Celik cinta paras rupa,
Rupa-rupa hanya pura-pura.



No comments:

Post a Comment