Akan ku bawa jiwa ini pergi,
Dua hari lagi...
Semoga tidak bersua nanti,
Itu harapan bak hujan dipinta,
Tidak ku mahu jumpa kau lagi.
Kiranya takdir tidak jadi begitu,
Kau dan aku ketemu kembali,
Terlintas di jalan kota,
Berhimpun di Padang Merdeka,
Ku doakan,
Wajahmu telah ku lupa.
Dua hari lagi...
Pernah aku menanti-nanti,
Datang kembali,
Aku ingati.. tapi tidak dinanti lelaki,
Yang kau kenal dahulu,
Angin terbangkan cinta ini.
No comments:
Post a Comment