Tuesday, April 13, 2021

PELEMBUT SUTERA

Entah kenapa selalu aku rindu pada pantai

apakah kerana putihnya butir pasir yang terbaring di antara darat dan lautan

atau pasti kerana hembus angin yang silih berganti

kadangnya dari utara

ada waktunya dari selatan

bak kompas yang selalu membawaku kepada rindu

hingga jauh mata memandang seakan hidup ini tanpa makna


sekali hadirmu dalam hidupku

nyata ada suatu makna yang terlalu indah

paras wajah, tubuh dan tingkah lakumu membuat aku kembali gagah

seakan masa mula-mula aku bercinta

dengan ibumu.


SELAMAT HARI KASIH SAYANG


MAS CARRA

Kudat, Sabah

No comments:

Post a Comment