Setiap tahun baharu ada suatu harapan yang sering terpasang dalam diam
hati meronta-ronta ingin tahu adakah ia akan tergapai kemas
atau pergi bagai merpati yang tadi menjadi penemanku makan
hidup kita terlalu letih jika terus berharap
kenapa tidak kau kuis-kuis ibu jari kakimu di lantai bumi
sambil kunyah-kunyah sambal dan nasi
dan telanlah walau sepahit manapun kacang hangus yang terjual
kerana bukankah esok subuh ke tandas juga kita akhirnya?
MAS CARRA
Kudat, Sabah
No comments:
Post a Comment