Tadi ku tatap matanya
Letih dan sayu
Kenapa dia, aku tertanya...
Menangiskah atau kurang tidurnya?
Semalam dia ceria tiada tanda sedih
Tapi tadi matanya bicara
Hatinya sedih dan tak ceria...
Adakah aku melukainya?
Adakah dia sembunyikan sesuatu?
Andaiku tahu isi hatimu
Dan ada luka yang tersembunyi aku ingin merawatnya
Bukan kerana aku ini tabib
Tapi aku ingin kau tahu aku menyayangimu.
~ Ave August
No comments:
Post a Comment